Saturday, 14 January 2012

MAHLIGAI BUAT SI DUDA BAB 3 DAN 4


TIGA
            Razi bersandar di belakang bonet keretanya kerana menantikan Akmal yang masih belum tiba. Kawasan parking di hadapan pejabat mereka hampir penuh dengan kereta-kereta kebanyakan orang yang bekerja di kawasan itu. Embun yang mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada cahaya mentari yang kini ingin memonopoli kawasan tersebut membuatkan Radi makin dapat merasa sedikit kehangatan matahari yang menerjah ke tubuh badannya.  
            “Ni yang aku tak suka ni jadi tiang lampu kat sini, mana pulak Akmal ni,” Rungut hati Radi yang kini semakin terasa kehangatan mentari. Anak mata Radi tertumpu pada sebuah teksi yang semakin hampir dengannya.
            “Sorry le bro lambat sikit,” Akmal yang baru turun dari teksi tersebut terus menyusun langkah menghala ke Radi.
            “Sorry kepala hanggok kau berejam aku tunggu kau kat sini,” tangannya terus menyambut tangan Akmal terhunus di hadapannya untuk bersalaman.
            “Yang kau naik teksi ni kenapa pulak, mana kereta kau,” soal Radi kepada Akmal yang ingin mengetauhi pekara sebenar.
            “Kereta aku rosak le tu yang buat aku lambat ni,” jelas  Akmal yang baru tiba itu.
            “Ada-ada je kau ni, Dah le jom karang lambat pulak kita masuk kerja,” lantas mereka pun menaiki kereta proton Wira kepunyaan Akmal yang terparking bersebelahan dengan mereka. Kereta itu meluncur agak sedikit laju.
            “Relaks la bro yang kau laju sangat ni kenapa, takan lari warong Amira yang dikejar,” Gurau Radi yang tersenyum melihatkan wajah Akmal itu.
            “Banyak le kau warong tu memanglah tak lari tapi Amirah tu kau boleh ke pastikan yang dia takan lari.” Jelas Akmal yang menumpukan pemerhatiannya dalam pemanduannya. Lalu lintas di jalan tersebut agak sibuk dengan kenderaan warga kota yang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing.
            “Aku kenal kau agak lama lah juga, tapi kekadang aku tak faham jugak ngan perangai kau ni,” kini Radi cuba mengheret Akmal bersembang dengannya agar ia dapat membongkar rahsai Akmal  yang ingin dia ketahuinaya.
            “Apa pulak yang kau merepek pagi-pagi ni,” Akmal ingin mengetahui apa yang ingin diketahui oleh radi tenteng dirinya lagi.
            “Takde lah aku pelik le punya banyak wanita muda kat dunia ni kenapa Amirah juga yang jadi pengarang jantung kau ni,” Radi beterus terang akan apa yang ingin diketahuinya dari Akmal.
            “Kenapa tak boleh ke, salah ke atau kau pun ada menyimpan hati kat Amirah tu,” jawab Akmal yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan soalan Radi itu tadi.

“RAJIN semacam je aku tengok Haikal tu hari ni, ialah awal-awal pagi dah sampai tak makan tak minum terus buat kerja,” Haida yang baru tiba didalam bilik guru terus duduk di bangkunya yang bersebelahan dengan Salina. Di dalam bilik guru itu hanya ada beberapa orang guru yang sedang melakukan kerja masing-masing. Soalan itu tadi Haida kirimkan untuk telinga Salina namun dengan suaranya yang kuat itu semua guru yang berada di dalam bilik tersebut dapat mendengarnya juga.
            “Mana tak rajinnya dah kena bancuh dengan pengetua semalam padan muka dia buat kerja sambil lewa lagi,” jawab Salina yang masih lagi tangannya menanda buku pelajar-pelajar kelasnya.
            “Ohhhhh ye ke patut lah rajin hari ni takut kena buanglah tu,” sambil Haida menganggukkan kepalanya tanda faham.
            “Aku rasa mesti ada yang buat aduan kat pengetuakan,” riak wajahnya yang berkerut menunjukan yang dia hendak mengetahui siapa yang adukan pekara tersebut kepada pengetua.
            “Aku yang adukan baru padan dengan muka dia,” wajah Salina sedikit marah apabila mengeluarkan kata-kata tersebut.
            “Engkau rupanya, tapi kenapa,” Haida kini beria-ia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
            “Sebab apanya lagi. Lain kali buat le kerja tu betul-betul jangan nak mengelat pulak. Haikal tu memang patut pun kena rajin sebab dah le dapat gaji anak dia yang belajar kat UIA itu pun Dato Adiwira yang  tanggung kalau nak harapkan Haikal tu emmm tunggu orang masuk minang je le Hidayah tu jangan harap leh nak dapat peluang nak sambung belajar. Orang dah berbudi pandai-pandai le kita berbahasa ye tak,” hujah Salina yang panjang lebar cuba untuk menghasut Haidah.
            “Ohhhh! Tapi betul ke,” Haida inginkan kepastian.
            “Betul lah apa yang aku cakapkan tadi takanlah aku nak buat fitnah pulak kalau kau nak percaya tak nak percaya ke terpulang kat kau,”
            “Kalau betullah apa yang kau cakapkan tu bermakna Haikal tu dan termakan budi dengan Dato Adiwira tu lah ye,” tambah Haidah yang ingin menyedapkan lagi cerita.
            “Tahu takpa,” ringkas balas Salina yang kini mengukirkan senyuman kerana telah berjaya meyakinkan Haida itu tadi.
            “Astagfirullahalazim tak baik mengumpat orang. Kamu berdua ni nak ke makan daging saudara sendiri,” celah ustaz  Arif  yang cuba menasihatkan Salina dan Haidah.
            “Bila masa pulak yang kita orang mengumpat, kami cakap benda yang betul bukannya kami mereka cerita ni lagipun satu sekolah ni dah tahu dah cerita ni,” nampak jelas diwajah Salina marah akan teguran dari Arif itu tadi.
            “Benda yang salah jika kita cerita di belakang orang tersebut itu dipanggil fitnah, dan benda yang betul jika kita bercerita dibelakang orang tersebut itulah yang dikatakan mengumpat balasannya api neraka korang tau tak,” jelas Arif  dengan panjang lebar agar mereka faham.
            “Sudahlah Arif tak payah kau nak ceramah kat kami pagi-pagi ni baik kau buat kerja kau lagi elok,” ucap Salina yang dalam masa yang sama menjilingkan matanya daripada pandangan Arif.
            “Aku cuma nak ingatkan korang je tak lebih dari itu,” dengan nada suaranya yang perlahan.
            “Kan aku dah cakap dengan kau tak payah, kubur kan masing-masing,” Salina masih tidak dapat menerima teguran dari Arif.
            “Memanglah kubur masing-masing tapi kalau ditakdirkan kubur kau bersebelahan kubur aku nanti kacau pulak aku nak tidur dengar kau menjerit kena balun je,” perli Arif kepada Salina.
            “Aku tak hingin bersebelahan dengan kubur kau le perasan,” lagi tegas Salina yang semakin marah.
            “Aku pun tak ingin le kubur bersebelahan dengan orang yang bakal kena balun dengan malaikat Mungkar dan Nangkir,” jawab Arif yang terus berlalu meninggalkan bilik guru tersebut. Sementara Salina dan Haidah masih berpandangan di antara satu sama lain dalam keadaan yang teramat marah dengan kata-kata Arif itu tadi.

KERETA yang dipandu oleh Akmal seketika tadi telah pun dihentikan berhampiran dengan warung di mana Amira mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Kedua sahabat itupun turun dari kereta dan menuju ke warung tersebut. Sempat lagi Akmal menyinsingkan rambutnya sambil berjalan. Akmal yang mengenakan seluar slek dan berbaru kemeja serba biru itu tampak segak dengan tali leher yang tergantung di lehernya itu.
            “Assalammualaikum Amira apa khabar sihat ke hari ini,” tegur Akmal setiba sampai di hadapan warung itu, sementara Radi sedang menyelak tudung mangkuk yang menutup lauk-lauk yang terhidang di hadapannya, Radi mengerutkan dahinya kerana melihatkan hanya ada beberapa ketul ayam goreng sahaja yang tinggal di atas meja tersebut kerana yang lain telah habis dijual.
            “Waalaikummusalam, oh, Akmal nak nasi lemak ke?” tanya Amirah yang baru menoleh memandangkan Akmal yang baru tiba di situ.
            “Kak tinggal ni je ke lauknya?” tanya Radi dalam nada yang sedikit kecewa, lantas Amira memandang ke arah Radi sambil tersenyum.
            “Ia itu je lauk yang tinggal tu leh kenapa lambat sangat datang, lain kali datanglah awal-awal sikit,” Amira terus mencapai pingan lantas menunggu arahan selanjutnya dari Radi dan Akmal.
            “Tulah lambat lagi, dah kau tak payah nak buat muka ikan sardin kat sini makan je lah ape yang ada tu,” celah Akmal yang merasakan dirinya sedikit diabaikan oleh Amira kerana melayankan karenah Radi itu.
            “Amirah tak payah layankan Radi ni sangat dia ni memang macam ni kalau benda takde dia tanya kalau benda ada kang dia buat tak tahu je,” pinta Akmal supaya Amira tidak melayan karenah Radi.
            “Akmal panggil saya kakak je lah lagi pun kan umur kita jauh bezanya,” pinta Amirah agar Akmal akur dengan kehendaknya.
            “Entah kau ni kau ingat kak Amirah ni pangkat adik-adik kau ke nak panggil  mana je hormatlah sikit bro,” sokong Radi atas apa yang dikatakan oleh Amirah itu tadi
            “Adoi, kenapa pulak dengan kau ni,” jelas kedengaran jeritan Radi itu kerana kakinya dipijak oleh Akmal kerana tidak peka akan kata-kata Radi kepadanya itu tadi, sambil Radi menjengketkan kakinya kerana kesakitan.
            “Apa salahnya saya panggil Amirah dengan nama saja,” tanya Akmal kepada Amirah yang masih lagi memegang pinggan.
            “Takde salah tapi tak manislah kalau orang dengar, kan lebih manis kalau dengan gelaran kakak tu,” jelas Amirah agar Akmal faham sambil Amirah tersipu malu dengan kelakuan Akmal itu.
            “Ah, Biarlah apa yang orang nak kata saya tak kisah yang dorang nak sibuk tu kenapa, kalau pun saya nak kahwin Amirah dorang peduli apa,” Radi terus terpandangkan wajah Akmal yang selamba melafazkan perkataan tersebut sedang Amirah mukanya berubah merah padam menahan malu jika ada orang lain yang mendengarnya.
            “Kenapa Akmal berkata begitu, malu aku dibuat budak ni kalaulah ada orang lain yang mendengarnya apa pula kata mereka nanti,” keluh hati Amirah yang kurang senang dengan kenyataan Akmal itu tadi.
            “Budak ni sukakan aku ke, Ish biar betul ni atau dia saja nak bergurau dengan aku ni, Ahhh malaslah aku nak fikirkan menyemakkan kepala aku sahaja,” lagi keluh hati Amirah, berbagai persoalan yang timbul dalam hati Amirah. Namun dia cuba menenangkan dirinya agar nampak bersahaja, tidak terlalu mengelabah di hadapan Akmal dan Radi yang masih lagi berada di hadapan matanya itu.





EMPAT
Seperti biasa setiap petang semua anak-anak yatim yang menetap di rumah kebajikan Nur Sumayah akan melakukan aktiviti riadah. Kerana itu adalah rutin yang wajib bagi memastikan yang semua penghuninya dapat mengimbangi pelajaran dan kesihatan jasmani. Ada di antara mereka yang bermain bola, sepak takrow dan jua bola jaring masing-masing melakukan aktiviti yang mereka gemari. Sementara Haikal tidak pernah terlepas menyaksikan aktiviti riadah yang dilakukan oleh penghuni disitu di atas bangku yang pasti akan menjadi miliknya setiap kali menjelang petang. Bagi Haikal dia akan mendapat ketenangan setiap kali menyaksikan gelagat setiap penghuni disitu. Ada juga sebilangan kanak-kanak disitu akan duduk bersama Haikal kerana ingin mendengar cerita yang akan disampaikan oleh Haikal.
            “Pak cik cepatlah sanbung cerita semalam tu pakcik,” gesa Atika dan tiga orang rakannya yang lain yang tak sabar untuk mendengar cerita dari Haikal.
            “Baiklah kita sambung cerita semalam,” Haikal tersenyum sambil memegang kepala Atika yang bertudung itu.
            “Jadi selepas menerima titah dari sultan melaka itu Hang Tuah dan beberapa pengawal dan pembesar istana pun berangkat menuju ke gunung ledang dengan hajat untuk meminang puteri gunung ledang tersebut,”
            “Pakcik tadi Pakcik ada kata titih, titah tu ape pak cik?” Shila mencelah cerita yang disampaikan oleh haikal itu.
            “Oh titah tu adalah perintah, macam cikgu suruh Shila jawab soalan yang cikgu tanya, cuma kalau raja sahaja yang suruh buat sesuatu kita sebut titah tapi kalau orang kebanyakan suruh buat sesuatu kita akan panggil perintah,” jelas Haikal kepada Shila dan rakan-rakannya yang baru berusia enam tahun itu.
            “Oh macam saya suruh Atika tolong ambilkan barang lah ye pakcik,”
            “Hah macam tu lah, tapi kerana Shila bukan raja kita panggil perintah kalau Shila raja baru kita panggil titah,” keterangan Haikal untuk memastikan yang mereka semua faham akan maksud titah itu.
            “Saya dah faham pakcik, lapas tu apa yang jadi pakcik,”
            “Hah dalam perjalanan mereka untuk sampai ke gunung ledang itu berbagai-bagai dugaan dan rintangan yang terpaksa mereka tempuh namun mereka tak mengalah mereka tetap juga menempuhinya kerana mereka ingin menyampaikan hajat raja mereka, mereka tak nak hampakan harapan raja mereka,” Haikal terus bercerita kepada keempat-empat budak tersebut kerana hanya Haikal sahajalah disitu yang menjadi tempat untuk kanak-kanak disitu  mendengarkan cerita. Keseronokan kanak-kanak disitu menjadi ketenangan dihati Haikal yang tiada tolok bandingnya.
MELIHATKAN rumah yang sebesar itu cukup menunjukkan kekayaan yang dimiliki oleh kedua ibubapa Lin. Disinilah tempat dimana Hidayah melakukan kerja sampingan selain di warung mak cik Amirah untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh bapanya yang hanya sekadar berkerja sebagai tukang kebun di sekolah kebangsaan Sumaiyah dan rumah kebajikan Nur Sumaiyah. Namun pekara ini tidak diketahui oleh bapanya kerana Hidayah teramat yakin jika perkara ini diketahui oleh bapanya pasti akan menimbulkan masalah kepadanya, jadi duit yang diterimanya itu hanya akan digunakan untuk menampung perbelanjaannya meneruskan pengajian dan disitu dapat menjimatkan perbelanjaan bapanya kepadanya. Hidayah hanya akan berada di rumah Lin hanya dua atau tiga hari seminggu untuk mengemaskan rumah tersebut. Bukan kerana rumah Lin itu tidak mempunyai pembantu rumah tetapi sekadar hanya untuk membantu Hidayah kerana Hidayah tidak mahu menerima pertolongan secara percuma daripada Lin, jadi dengan cara ini sahaja yang Lin dapat membantu Hidayah.
            “Lin kerja saya dah siap dah jadi saya balik dulu ya,” pinta Hidayah untuk mengundurkan diri.
            “Oh saya lupa mak saya pesan suruh awak tunggu dia balik sebab dia nak jumpa dengan awak,”
            “Hah mak awak nak jumpa dengan saya ke, kenapa Lin ada benda yang salah ke saya dah buat?” Hidayah terperanjat mendengar kata-kata Lin itu tadi.
            Saya pun tak pasti kenapa mak saya nak jumpa dengan awak, tak apalah kita tunggu mak saya sekejap nanti awak balik saya hantar,” Lin bersahaja sambil terus membaca novel yang dipegangnya itu.
            “Tapi Lin saya tak boleh lambat sangat saya takut ayah saya risau, semalam saya lambat pun ayah saya dah risau dah sampai tunggu saya depan pintu rumah,”
            “Alah, awak tak payahlah risau sekejap lagi sampailah mak saya tu, tadi dia ada telefon yang dia dah dalam perjalanan dah ni,” dada Hidayah kini berdebar kerana takut akan ada perkara yang kurang senang dimata Puan Mariam terhadap dirinya. Berbagai persoalan negatif yang bermain difikiran Hidayah ketika ini, jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia meninggalkan rumah tersebut sekarang juga kerana takut akan Puan Mariam dan juga takut akan terlewat pulang ke rumah. Lin sempat mengintai wajah Hidayah dicelahan buku novelnya itu untuk melihat memek wajah Hidayah pada ketika ini sambil Lin tergelak kecil memerhatikan Hidayah. Kini kedengaran sebuah kenderaan yang baru tiba di halaman rumah Puan Mariam. Debaran dihati Hidayah semakin memuncak kerana yakin bahawa itu adalah kereta Puan Mariam. Hidayah kini tidak tentu arah duduknya.
            “Itupun mak saya dah sampai dah, awak tunggu sini kejap ya saya nak pergi bukakan pintu,”
            “Assalammualaikum mak cik,” Hidayah lantas bangun apabila ternampak Puan Mariam dan juga Lin berjalan datang menuju kearahnya, Hidayah memberi salam sambil menyambut tangan Puan Mariam untuk bersalaman.
            “Waalaikummusalam, lama dah ke Hidayah menunggu mak cik,” tanya puan Mariam sambil ia duduk di atas sofa diruang tamu hadapan rumahnya itu.
            “Taklah mak cik lagipun saya baru sahaja siap melakukan kerja saya,”
            “Lin suruh mak Mah bancuhkan air,” Lin terus ke dapur apabila menerima arahan dari Puan Mariam itu tadi.
            “Hidayah kalau boleh mak cik nak minta tolong sikit kat Hidayah, itu pun kalau Hidayah tak keberatan,”
            “Apa yang boleh saya tolong mak cik,” Hidayah merenung tepat ke arah wajah puan Mariam.
            “Macam ni ceritanya, hari selasa akan datang ni mak cik dengan pak cik kena pergi ke Shanghai, China atas urusan kerja jadi kalau boleh mak cik nak minta tolong kat Hidayah temankan Lin kat rumah ni,”
            “Berapa lama mak cik dan pak cik nak ke sana,”
            “Tiga hari sahaja kami pergi hari selasa berangkat dalam hari jumaat kami baliklah semula macam mana boleh ke?” puan Mariam ingin mendapatkan keputusan dari Hidayah.
            “Alah bolehlah Hidayah awak temankanlah saya kalau tak mesti bosan punya saya duduk sesorang kat rumah ni nanti,” rayu si Lin yang berharap sangat yang Hidayah akan temankan ia. Sementara puan Mariam hanya memandang sahaja gelagat anak tunggalnya itu. Hidayah serba salah untuk membuat keputusan.
            “Kenapa mesti mak awak yang tanya saya kenapa tak awak sahaja yang menanyakan perkara ini kepada saya?”
            “Saya dah tahu dah kalau saya yang tanya mesti awak menolak punya jadi saya suruhlah mak saya yang tanyakan, kalau mak saya yang tanyakan pasti ada harapan sedikit untuk awak bersetuju,” jelas Lin yang mempamerkan muka kasihannya untuk meraih simpati dari Hidayah.
            “Macam ni lah mak cik sebenarnya saya tak boleh nak buat keputusan lagi sebab saya kena tanya dengan ayah saya dahulu, kalau ayah saya bagi saya akan temankan Lin tapi kalau ayah saya tak bagi jangan pulak mak cik dan Lin ambil hati kerana tak dapat nak memenuhi permintaan mak cik,” terang Hidayah dengan panjang lebar memberikan sedikit sinar harapan buat Lin.
            “Itulah yang sebaiknya Hidayah tanyakanlah dulu pada ayah Hidayah esok Hidayah beritahu jawapannya kat Lin ya,”
            “Baiklah mak cik kalau macam tu biarlah saya minta diri dulu saya takut kalau lambat nanti ayah risau pula,” lantas Hidayah bangun dari bangku yang diduduknya itu tadi.
            “Mak saya hantarkan Hidayah pulang ya?” Lin meminta keizinan dari Puan Mariam yang masih lagi duduk di atas bangkunya itu.
            “Kalau ya pun minumlah air tu dulu,” gesa puan Mariam kepada Hidayah .
            “Nah Hidayah ambil duit ni,” puan Mariam menghulurkan sejumlah wang kepada Hidayah.
            “Untuk apa pulak duit ni mak cik,” terkejut Hidayah yang melihatkan tindakan puan Mariam itu.
            “Ni duit gaji Hidayah nah ambil lah,”
            “Awal sangat ni macik belum cukup bulan lagi ni,” Hidayah masih tidak mampu mengambil duit itu lagi.
            “Memanglah awal lagi, mak cik takut lambat pula makcik bagi duit Hidayah ini nanti kan minggu depan mak cik nak pergi Shanghai, alang-alang dah jumpa Hidayah kat sini apa salahnya macik bagi sekali,”
            “Alah Hidayah awak ambil sajalah duit tu tak payahlah nak malu-malu,”
            “Ishh kamu ni Lin tak baik cakap macam tu kat Hidayah. Puan Mariam sedikit tidak senang dengan kata-kata Lin itu tadi.
“Terima kasih mak cik,” hanya itulah kata-kata yang dapat diucapkan oleh Hidayah yang meletakan semula cawan minuman ke atas meja itu semula. Sambil ia mengambil duit yang diberikan oleh puan Mariam kepadanya.
RUMAH kampung nampak usang yang didiami oleh Amirah bersama dua anaknya yang bersekolah di sekolah kebangsaan gombak setia itu banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis di dalam kamus sejarah Amira kerana disitulah dia dilahir dan dibesarkan oleh kedua ibu bapanya rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya itu yang dipilih oleh Amirah dalam usaha menjejaki pengganti ayah kepada anak-anaknya itu tempat untuk mereka menumpang kasih. Hanya seorang lelaki yang jujur sahaja akan dapat memiliki cinta daripada Amirah dengan sepenuh hati. Bunyi kehadiran sebuah kereta di halaman rumah Amirah itu meragut kesunyian yang sedang dikecapi oleh Amirah sekeluarga.
            “Assalammualaikum,”
            “Waalaikummusalam,” jawab Amirah yang bersegera mendapatkan pintu rumahnya itu untuk dibuka.
            “Hah abang kenapa abang datang malam-malam ni?” tanya Amirah yang terkejut dengan kehadiran abang kandungnya itu kerana selama ini Amirah tidak membenarkan abangnya itu datang kerumahnya kerana takut orang mengetahui akan kebenaran tentang kehidupannya itu.
            “Masuklah dulu bang,”
            “Sekarang ni dah timbul masalah besar ni Amirah,” Muka Mior berkerut sambil ia duduk di atas lantai simen rumah Amirah itu.
            “Apa yang masalah besar sangat ni bang sampai cari saya kat rumah ni?” tanya Amirah yang ingin mengetahui perkara sebenar.
            “Syarikat kita akan disaman oleh syarikat BMC HOLDING kerana syarikat kita gagal melunaskan bayaran kepada syarikat mereka dalam tempoh yang telah dijanjikan,” jelas Mior yang kini menggengam dahinya.
            “Kenapa pulak boleh jadi macam ni bang?” Amirah sedikit kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Mior itu tadi.
            “Abang pun tak tahu macam mana boleh jadi begini, tapi abang sedang siasat macam mana benda macam ni boleh berlaku,” jelas Mior yang nampak tertekan dengan apa yang teleh berlaku.
            “Habis tu macam mana sekarang abang dah cuba berbincang dengan mereka, berapa mereka nak saman kita?” Lagi soalan yang ditujukan oleh Amirah kepada Mior.
            “Abang ada menghubungi mereka, mereka kata mereka tetap akan saman syarikat kita dua point enam juta, tapi mereka boleh melupakan tentang saman tu jika kita dapat membayar semua tunggakan kita tu dalam masa tiga hari, itupun mereka hendak berbincang sendiri dengan Amirah jika Amirah gagal berjumpa dengan mereka esok mereka tetap akan terus menyaman kita,” jelas Mior yang menerangkan segala-galanya kepada Amirah agar Amirah dapat meluangkan masa untuk pergi berjumpa dengan pihak BMC HOLDING pada keesokan harinya.
            “Sekarang ni bukannya masalah duit bang tapi masaalah reputasi syarikat kita akan tercemar, kalau itu berlaku macam mana kita nak dapatkan kepercayaan syarikat lain kepada syarikat kita nanti,” Amirah menggeleng-gelengkan kepalanya. Ia sukar untuk menerima akan kesilapan seperti itu kerana menggugat nama baiknya dan syarikatnya yang selama ini mendapat sepenuh kepercayaan daripada syarikat-syarikat yang lain.
            “Habis tu macam mana ni Amirah? Apa yang kita nak buat sekarang ni?” tanya Mior yang sedang kebuntuan idea ketika ini.
            “Tak apalah kalau macam tu abang tunggu sekejap saya nak bersiap kita balik rumah saya malam ni dan esok kita berdua pergi ke pejabat mereka bincangkan masalah ini dengan baik.
            “Eloklah kalau Amirah berfikir begitu,” jawab Mior yang yakin masalah syarikat akan selesai dengan campur tangan Amirah selaku pemilik bagi syarikat yang diamanahkan kepadanya untuk menguruskan dengan menyandang jawatan pengarah urusan.

Tuesday, 10 January 2012

MAHLIGAI BUAT SI DUDA BAB 1 DAN 2

SATU
                Riak wajah Haikal sedikit pun tidak menunjukkan yang dia terperanjat akan apa yang sedang dilihatnya. Namun ekor matanya masih lagi melihat sekeliling kawasan rumah yang cukup besar seumpama sebuah mahligai yang pasti menjadi impian pada setiap kehidupan yang bergelar manusia. Sedang dia khayal mengamati mahligai tersebut, telinganya diganggu dengan bunyi pagar yang terbuka sendiri lantas pandangan matanya sendiri teralih pada pagar yang menggelongsor dan menampakkan dengan lebih jelas keadaan sebenar kawasan mahligai tersebut.
“Inilah yang dikatakan rezekikan ayah.” Sampuk Hidayah sambil mengukirkan senyuman buat ayahnya itu.
“Ayah tak pernah termimpi yang kita akan menerima semua ini.” Sambil menyusun langkah Haikal melintasi pagar yang terbuka itu tadi ,sambil Hidayah mengikuti langkah ayahnya itu.
            Kini bermulalah lebaran baru buat dua beranak itu yang dahulunya hanya mampu menyewa sebuah rumah setinggan bagi meneruskan kehidupan yang dipinjamkan oleh ILLAHI buat sementara waktu. Kisah duka dalam hidup Hidayah bakal lenyap buat selamanya seperti embun yang dibakar sinaran mentari di pagi hari. Keperitan hidupnya di masa lalu akan dibaluti dengan sejarah yang akan menjadi guru sebagai rujukan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Inilah yang dinamakan kehidupan seperti pusingan roda ada masanya kita diatas dan ada masanya kita dibawah kita hanya merancang dan ALLAH yang akan menentukan segalanya.
            Kedengaran bunyi loceng yang kuat itu menelan segala bunyi sedikit riuh dari segelintir pelajar yang sedang berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing. Sama seperti sekolah yang lain, sekolah swasta yang dimiliki oleh Tuah Haji Dato Adiwira itu juga akan menyayikan lagu Negaraku dan lagu sekolah tersebut pada setiap pagi Isnin, dan akan diikuti dengan bacaan doa dari seorang ustaz yang mengajar di sekolah tersebut. Setelah selesai segala rutin harian pagi Isnin itu semua pelajar masuk ke kelas masing-masing untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh.

“PAKCIK.” sapa Salina salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut. Namun Haikal masih tidak menolehkan mukanya kearah Cikgu Salina.
“Pakcik.” kali ini suaranya agak kuat untuk memastikan yang Haikal dapat mendengar akan panggilannya.
“Ohh cikgu ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Lantas Haikal menoleh memandang kearah Cikgu Salina.
“Dari tadi saya panggil pakcik ape pakcik ni pekak ke.” Riak wajahnya sedikit marah akan Haikal yang tidak menghiraukan panggilannya kali pertama itu tadi.
“Maafkan saya cikgu saya benar-benar tak dengar tadi.” Haikal menundukkan kepalanya seakan takut akan Salina.
“Tak dengar ke atau saja buat-buat tak dengar.” Salina seakan mahu memanjangkan benda yang remeh.
“Maafkan saya cikgu.” Haikal masih lagi menundukkan kepalanya.
“Pengetua hendak berjumpa dengan pakcik di pejabatnya sekarang.” Sambil menjeling kearah Haikal.
“Hoi dengar ke tak ni.” Sergah Salina yang memerhatikan Haikal tidak memberi sebarang tindak balas akan pesannya itu.
“Saya dengar cikgu.” Haikal berkata sambil mengganggukkan kepalanya.
“Payah betul bercakap dengan orang pekak ni.” Ngomel Salina sambil berjalan meninggalkan Haikal di luar kawasan bilik guru.
“Alamak habis lah aku kali ni ape yang aku nak jawab dengan prof kali ni, masak lah aku.” Hidayah masih lagi berdiri di muka pintu dewan kuliyah tersebut, hatinya berbelah bagi sama ada mahu terus masuk saja atau tidak ke dalam dewan kuliyah itu.
“Ahhh lantak lah kena marah je bukan sakit pun.” Bentak hatinya memaksa dia masuk ke dalam dewan kuliyah tersebut. Hidayah mengetuk pintu yang berada di hadapannya lalu membuka pintu tersebut, setelah dia melangkah masuk lalu tangannya terus menutup kembali pintu itu, semua mata yang berada didalam dewan kuliyah tersebut memandang tepat kearah Hidayah.
“Beri saya satu alasan yang kukuh, mengapa saya harus membenarkan awak mengikuti kelas saya pada hari ini.” Prof. Hamdan memandang tepat kearah Hidayah yang terkedu akan soalan dari prof Hamdan itu tadi.
“Minggu ini sahaja dah tiga kali awak datang lambat.” Tegas prof Hamdan dengan nada suara yang sedikit kasar.
“Hidayah saya tanya awak ni kenapa awak diam.” Gesa prof Hamdan agar Hidayah memberikan penjelasan. Namun Hidayah masih mendiamkan dirinya.
“Baiklah jika awak tiada alasan yang kukuh sila tinggalkan dewan ni, tolong jangan ganggu kelas saya! Sambil tangannya menunjukkan pintu masuk dewan kuliyah itu.
“Sebab... sebab... sebab...” Hidayah sedikit menggigil untuk meneruskan kata-katanya itu.
“Sebab, sebab, sebab apa Hidayah?” Tegas prof Hamdan dengan suara yang tinggi.
“Sebab saya bayar yuran untuk belajar di sini.” Sahut Hidayah dengan suara yang agak perlahan.
“Jadi semua kawan-kawan awak yang datang awal tak bayar yuran ke?” Tak sempat habis Hidayah menarik nafas  lagi soalan prof Hamdan masuk tepat ke dalam telinganya.
“Bukan itu.......”
“Ahhhh cukup Hidayah, ingat ini kali terakhir awak lewat dalam kelas saya, jika ianya masih berulang lagi saya tidak  akan benarkan awak berada dalam kelas saya lagi faham!” prof Hamdan memotong percakapan Hidayah.
“Terima kasih prof.” Lantas Hidayah melangkah menuju ke arah tempat duduknya, sambil telinganya mendengar gelak kecil dari rakan-rakannya yang berada didalam dewan kuliyah tersebut.
“Baiklah semuanya kita tinggalkan pasal budak yang bayar yuran itu tadi, kita sambung semula pelajaran kita.” Sedikit sindiran dari prof Hamdan membuatkan dewan kuliyah tersebut di hujani dengan gelak ketawa yang agak kuat, membingitkan seketika dewan itu.

SUDAH menjadi rutin harian Puan Amirah setiap pagi dia akan memenuhi masa sehingga tengahari bersama nasi lemaknya untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia terpaksa melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar suami, ini kerana ia telah kehilangan suaminya dalam tiga tahun yang lepas kerana suaminya terlibat dalam satu kemakangan  ngeri.  Semua tanggungjawab kini dipikul dirinya sendiri. Gerai nasi lemak Puan Amirah terletak berhampiran dengan rumah anak-anak yatim Nur Sumayah yang juga dimiliki oleh Dato Adiwira. Rumah anak-anak yatim yang berkeluasan lebih dari enam ekar itu menempatkan sekolah, bilik komputer, asrama, dan juga padang untuk penghuni di rumah tersebut melakukan riadah pada kepetangan harinya itu.
            “Akak Mira bungkuskan saya dua nasik lemak, satu lauk ayam dan satu lagi tu bubuh sotong ye.” Pinta Ustaz Arif setiba sampai di hadapan gerai Puan Amirah bersama motorsikalnya. Lantas Amirah melemparkan pandangannya terus kearah suara Arif yang  berkumandang itu tadi.
            “Itu saja ke ustaz?” Tanya Amirah untuk kepastian sambil kedua belah tangannya menyiapkan apa yang dipesan oleh Arif itu tadi.
            “Ia itu saja kak.” Jawapan rigkas dari Arif.
“Haikal ada datang kerja ke hari ini ustaz.” Terpantul jua soalan yang payah untuk dilafazkan oleh Amirah kerana takut Arif akan salah sangka soalannya itu.
“Ada! Kenapa kak ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” soal Arif sambil melontarkan senyuman sinis buat Amirah.
“Tak ada ape-ape akak saja je tanya.” Sambil membalas senyuman sindir buat Arif. Kelihatan muka Amirah kemerahan kerana malu akan soalan yang ditanyakan itu tadi.
“Hai, kenapalah mulut ni boleh terlepas soalan macam tu pulak.” Mengomel sendirian Amirah didalam hatinnya.
“Tak payah le akak malu-malu tak salah pun janji tak melanggar adat resam agama,  jodoh pertemuan, ajal mautkan milik Allah.” Tambah arif untuk mengorek rahsia yang terbeku di hati Amirah.
“Kesitu pula ustaz ni.” Sambil menghulurkan nasi lemak yang dipesan oleh Arif itu tadi dengan diiringi senyuman.
“Saya mintak dua bungkus saja kenapa ada tiga pulak ni kak?” Riak wajahnya menimbulkan seribu tanda tanya.
“Yang satu lagi tu akak nak mintak tolong kat Arif bagi kat Haikal.” Menghurai segala persoalan yang bermain di fikiran Arif.
“Posmen pun posmen le kak janji akak bahagia.” Melemparkan kata-kata mengusik Amirah yang makin tertunduk malu. Arif berlalu meninggalkan warung tersebut yang masih ramai disitu, ada yang sedang menikmati kelazatan nasi lemak di atas meja yang disediakan untuk kemudahan sesetengah pelangan.

Meja yang sedikit berselerak menampakan kesibukan Encik Karim pada pagi itu. Memegang jawatan pengetua di Sekolah Kebangsaan Sumayah adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul oleh Karim. Namun begitu dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, kerana ia mahu semua pelajar sekolahnya akan menjadi manusia yang berguna apabila mereka dewasa kelak. Kehadiran Haikal di dalam pejabatnya mengganggu seketika kerja-kerja yang hendak dilakukannya.
“Saya dapat pesanan yang pengetua hendak berjumpa dengan saya.” Ia ingin mengetahui apa sebenar yang dikehendaki oleh pengetua darinya. Haikal masih berdiri terpacak di hadapan meja Pengetua Karim.
“Oh Encik Haikal silalah duduk.” Gesa Karim yang tidak suka akan orang berdiri apabila berada didalam biliknya. Mendengarkan arahan dari Karim tadi lantas Haikal melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di hadapannya.
“Begini Encik Haikal minggu hadapan Dato Adiwira akan datang untuk melawat sekolah, jadi saya nak awak pastikan yang kawasan sekitar sekolah ni cukup bersih agar Dato berasa selesa berada di sekolah ini nanti.” Terang Karim dengan suara yang tegas.
“Saya faham pengetua saya akan cuba melakukannya.” Jawab haikal yang sedikit kurang senang dengan kata-kata Karim itu tadi kerana selama dia berkhidmat untuk sekolah ini tak pernah dia mengabaikan tanggungjawabnya akan kebersihan sekolah tersebut.
“Saya tak nak sekadar awak faham sahaja yang saya nak awak pastikan dengan yakin sekolah ini bersih itu tanggungjawab awak.” Ia menerangkan dengan lebih teliti akan kehendaknya kepada sekolah itu. Sambil Haikal hanya menganggukkan kepalanya tanpa sebarang kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.
“Saya bukan apa Haikal saya dapat aduan dari beberapa orang guru sekolah ini yang kamu kini semakin lalai dari melakukan tanggungjawab” Tambah Karim memberikan keterangan dengan lebih lanjut.
“Kamu kena ingat yang kita disini telah dibayar untuk melakukan tanggungjawab kita masing-masing saya harap awak faham.” Sambung Karim yang menatap tepat kearah wajah Haikal.
“Saya faham pengetua.” Ringkas haikal yang kecewa akan kata-kata Karim yang menuduhnya tidak melakukan kerjanya dengan baik . Sedangkan tak pernah dia melakukan pekara yang sebegitu.

“KAT sini rupanya abang Haikal! puas saya merayau satu sekolah ni mencari abang.” Sedikit cepat nafas yang disedut oleh Arif  setelah mencari Haikal buat seketika waktu.
“Oh ustaz ada apa-apa pekara yang silap ke yang saya lakukan.” Tanya Haikal untuk kepastian.
“Takde ape yang silap,  tapi kenapa abang tanya begitu.” Mengerut sedikit dahi Arif kerana kurang faham  kenapa Haikal bertanyakan soalan begitu kepadanya.
“Tiada ape lah ustaz, cuma saya takut kalau-kalau saya ada melakukan kesalahan dimata ustaz.” Sambil tersenyum memandang Arif.
“Ada saja le abang ni, saya ni cari abang cuma nak sampaikan nasi lemak ni kat abang.” ia mendekati Haikal lalu menghulurkan bungkusan yang dibawanya itu.
“Buat susah-susah je ustaz ni.” Terus mengambil bungkusan yang dihulurkan kepadanya itu.
“Ishhh mana ada susah bang lagipun bukan saya yang belanja abang nasi tu.” Sedikit tergelak merenung kearah wajah Haikal yang berpeluh itu.
“Habis tu siapa yang kasi nasi ni untuk saya.” Tergamam dengan kata-kata Arif itu tadi. Kotak fikirannya bermain bersoalan siapakah yang memberikan kepadanya nasi lemak itu.
Arif hanya tergelak kecil melihat wajah Haikal yang berpeluh dengan riak mukanya menimbulkan seri persoalan, lantas  Arif meninggalkan Haikal kerja-kerja dan nasi lemaknya itu. Haikal masih tercegat berdiri disitu memerhatikan Arif yang meninggalkannya tanpa jawapan akan soalannya itu tadi .





















DUA
            Apa yang pasti setiap hari dalam pukul dua belas tengah hari pasti di kafeteria Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Gombak itu pasti akan riuh dengan pelajar-pelajar yang berkerumun untuk menjamu selera setelah penat otak  selama beberapa jam menelaah pelajaran mereka masing-masing. Namun bagi Hidayah tiada bezanya berehat ataupun meneruskan pengajian kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya mengajarnya erti berjimat cermat  dalam menguruskan perbelanjaan hariannya.
            “Hoi Sham kau nampak tak badut kelas kita.” Tanya Adli kepada Sham yang sedang khusyuk menikmati makanan tengah harinya itu.
            “Kau ni apehal ni Adli dah semester kedua kita belajar kat sini kau pernah ke nampak yang badut tu makan kat sini waktu rehat?” Soal Sham kembali buat Adli yang seolah-olah tercari-cari Hidayah.
            “Dah angau dah kawan kite ni agaknya.” Rina tergelak sambil menepuk-nepuk bahu Adli yang masih lagi tercari-cari Hidayah didalam kawasan kafe tersebut.
            “Cinta mula berputik le tu.” Sambung  Sham mengiakan ape yang dikatakan oleh Rina itu tadi.
            “Takde maknanya aku nak tangkap cinta dengan si badut tu.” Keras suara Adli menafikan apa yang dikatakan oleh dua kawannya tadi.
            “Habis tu yang kau beria-ria sangat cari badut tu kenapa? Cinta la maknanya tu.” Sham masih cuba membenarkan apa yang dikatakannya itu.
            “Eeee geli aku mendengarnya dengan muka macam tu dah le pakai cermin mata tebal muka tak pernah nak memekap, jalan berterabur bukan macam tu ler perempuan taste aku agak-agak le korang ni.” Ia menggeleng-gelengkan kepalanya. Sementara Rina dan Sham masih tergelak melihatkan gelagat kawannya itu yang kurang senang dengan kata-kata mereka itu tadi.
            “Releks le Adli kita orang saje je, kita orang tau le taste kau kami bergurau sahajalah.” Sekali lagi Rina menepuk-nepuk bahu Adli sambil masih lagi tergelak kecil.
            “Korang ni pun satu le kalau nak carikan calon untuk aku cari le yang elok sikit ni yang korang carikan untuk aku badut tu, ada akal ke.” Ia mencapai cawan yang berisi air yang berada di hadapannya lalu meneguknya.
            “Takde le aku nak ambil assignment yang aku suruh dia buat hari tu, esok tarikh akhir untuk hantar kat prof kalau tak siap lagi masak le aku.” Mukanya berkerut mengigatkan pekara yang mengganggu fikirannya sementara Rina membalingkan pandangannya pada sebuah pondok yang tersegam berhampiran kafe tersebut.
            “Oiii Adli tu bukan ke makwe kau yang kau cari tu tadi. Sapa Rina sambil Adli mengalih pandangannya kepada arah yang ditunjukkan oleh jari Rina itu.
            “Longkang betul la mulut kau ni, kau pernah makan kasut saiz empat puluh satu tak.” Kini Adli kelihatan  marah  akan ungkapan yang disampaikan oleh Rina itu. Sambil ia memegang tengkuk Rina.
            “Haiiiii Adli releks la Rina bergurau je le tu.” Sambil menarik tangan Adli yang mencengkam leher Rina memaksa Adli melepaskan cengkamannya itu sementara Rina agak terkejut melihat tindakan Adli terhadap dirinya.
            “Ye lah Adli aku bergurau je le jangan le marah.” Mukanya pucat sambil memandang kearah Adli.
            “Ahhhhh dah leh cuaca hari ni panas, korang nak tambahkan pulak panas kat hati aku ni blahhh lah korang.” Adli mencapai beg yang diletakkan diatas meja tersebut sambil bangun berlalu meninggalkan kedua rakan-rakannya itu dan menghala kearah Hidayah. Sementara kedua rakannya itu terpaku malihatkan tindak tanduk Adli itu.
            “Hoi badut puas aku cari kau kat sini rupanya kau.” Kuat suara Adli yang hampir di telinga Hidayah membuatkan ia terperanjat dan buku yang dipegangnya tadi terjatuh diatas rumput.
            “Adli! terkejut aku lain kali bagilah salam dulu.” Sambil dia mengutip kembali buku yang terjatuh itu tadi.
            “Alah tak payah le kau nak ceramah kat aku pulak.” Suaranya masih lagi kuat untuk membingitkan telinga Hidayah, namun Hidayah terdiam tidak bersuara mukanya menunjukkan yang ianya dalam ketakutan berhadapan dengan Adli.
            “Mana assignment yang aku suruh kau buat tu” Tanyanya dengan nada suara yang agak kasar. Namun Hidayah masih membisukan dirinya tampa sebarang kata.
            “Hoi badut kau pekak ke aku tanya kau ni” Gesanya untuk mengetahui kedudukan sebenar assignment.
            “Saya tak siapkan lagi assignment awak.” Jelas Hidayah dalam keadaan ketakutan badannya sedikit menggeletar.
            “Hoi kau gila ke esok tarikh terakhir untuk hantar assignment tu le badut ape bengap sangat kau ni.”
            “Saya tahu! Malam ni saya siapkan esok saya bagi kat awak ye.” Tidak terlintas didalam hati Hidayah untuk memandang wajah Adli yang dalam keadaan marah.
            “Oiiii kau dengar sini esok kalau kau tak siapkan juga assignment aku, aku  ambil assignment kau jadikan assignment aku kau faham. Ia mengalihkan kedudukan badannya untuk memandang kearah muka Hidayah yang sedang dalam ketakutan itu. Sementara Hidayah hanya mengganggukan kepalanya tanda faham. Lantas Adli berlalu meninggalkan Hidayah berseorangan . Hidayah melemparkan pandangannya kearah Adli yang berlalu pergi.
“Dekat sini rupanya kawan baik aku ni .” Sapa Lin yang baru sampai lalu terus duduk bersebelahan dengan Hidayah sambil memegang bahu rakannya itu .
“Ops, awak rupanya Lin.” Ia terkejut dengan kehadiran Lin.
“Kenapa badan kau menggigil kau tak sihat ke Hidayah” Soal Lin yang ingin mengetahui keadaan sebenar Hidayah.”
“Tak lah saya sihat.” Ringkas jawapan yang diberikan kepada Lin
“Habis tu kenapa badan awak menggigil ni, kalau awak tak sihat jomlah saya bawak awak pergi klinik ?“ Soal Lin lagi yang kini mengelapkan muka Hidayah yang sedikit berpeluh, mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas itu atau kerana ketakutan disebabkan Adli itu tadi.
“Betul saya tak apa-apa awak jangan lah risau ye.” Sambil tersenyum memandang wajah Lin yang baru lepas mengelapkan mukanya itu tadi.
“Lin saya ingat saya tak boleh le datang ke rumah awak hari ni.” Sambil dia menyimpan buku yang berada di dalam tangannya kedalam beg. Takut juga dia untuk meluahkan perkataan itu kerana dia sedang cuba untuk meminta cuti kepada anak majikannya itu.
“Kenapa Hidayah ada yang tak kena ke?” Lin ingin mengetahui apa yang menyebabkan Hidayah tak dapat datang kerumahnya hari ini.
“Takde apa cuma saya nak siapkan assignment saya je.” Hatinya berdebar kerana terpaksa menipu kawannya itu. Dia tidak memandang kearah wajah Lin kerana risau riak mukanya akan memberitahu kepada Lin yang dia sedang menipu kawannya itu.
“Tak pe awak datang je nanti kita sama-sama siapkan assignment awak tu ye.” Pujuk Lin agar Hidayah hadir juga kerumahnya  hari ini.
“Tak payah la menyusahkan awak je” Dia menolak pelawaan Lin.
“Apa pulak yang susahnya! Saya tak kira pukul tiga karang saya tunggu awak kat kereta saya jangan lupa pulak, kita jumpa pukul tiga kang.” Lantas Lin pun berlalu meninggalkan Hidayah berseorangan. Lalu Hidayah pun mengatur langkah untuk menuju kearah Dewan kuliyahnya dalam keadaan cuaca yang masih lagi panas.

DARI terang benderang ke gelap gelita dari kesibukan menemui ketenangan kini mentari menjemput kehadiran bulan yang untuk menemani seluruh manusia yang bertapak diatas muka bumi ini. Dalam waktu-waktu seumpama ini hampir sebahagian manusia yang kini sedang beristirehat bersama keluarga namun Haikal masih lagi menanti kepulangan Hidayah yang belum lagi pulang kerumah. Ketika ini hatinya disimbah dengan kerisauan manakala fikirannya dibajai dengan kebimbangan sementara perasaannya bercampur baur dengan kebimbangan akan keselamatan anak tunggalnya itu. Itulah penyebab utama yang membuatkan matanya acapkali memandang kearah pintu hadapan rumahnya yang terngaga luas menantikan kepulangan anaknya itu.
“Kenapa lambat pula Hidayah balik hari ni.” Soalnya kepada dirinya sendiri. Riak wajahnya menampakkan kerisauan yang teramat akan pekara itu.
“Ya ALLAH janganlah ada sesuatu pekara yang buruk berlaku terhadap anakku itu, aku memohon agar kau melindungi akan anak aku itu ya ALLAH amin. Setakat ini hanya itu sahaja yang mampu dilakukan olehnya. Dengan memohon pertolongan dari yang maha Esa. Kini matanya beralih arah memandang tepat jam dinding yang tergantung di dinding ruang tamu rumahnya itu. Kini jarum jam telah menunjukkan pukul sembilan empat puluh dua minit malam. Kebiasaannya paling lewat pun Hidayah pulang kerumah pukul tujuh suku. Tapi kini sudah hampir dua jam setengah terlewat untuk pulang kerumah.
“Apa yang harus aku buat sekarang ni.” Bentaknya didalam hati sambil Haikal terus menuju kearah pintu hadapan rumahnya.
“Kereta siapa pulak tu yang menghala kerumah aku ni.” Tanya Haikal didalam hatinya. Setalah berada di hadapan rumah Haikal kereta tersebut berhenti dan pandangan mata Haikal tajam dihunuskan pada kereta tersebut.
“Syukur alhamdulilah.” Lafaz Haikal didalam hatinya apabila terpandang wajah wanita yang keluar dari dalam kereta tersebut adalah anaknya yang sangat dinantikannya tadi. Sementara Hidayah masih tercegat memerhatikan kereta yang membawanya pulang itu berlalu pergi meninggalkannya dirumahnya.
“Assalammualaikum ayah.” Lantas Hidayah memberi salam kepada ayahnya apabila melihat ayahnya ada berdiri di hadapan pintu rumahnya itu.
“Waalaikummusalam! kenapa lambat sangat balik hari ni sayang.” Haikal menyahut salam yang diberikan kepadanya, dan menanyakan masalah yang menimpa anaknya itu sehingga lambat pulang ke rumah dengan suara yang penuh dengan kasih sayang.
“Maafkan Hidayah ayah tadi lepas kelas Hidayah terus kerumah Lin untuk siapkan assignment yang nak kena hantar esok, Hidayah terlupa nak beritahu ayah pagi tadi.” Jawab Hidayah panjang lebar sambil menangkap tangan ayahnya lalu diciumnya, kerana itulah rutin yang akan dilakukan setiap kali pulang atau keluar dari rumah sambil menghadiahkan sekuntum senyuman yang teramat manis buat ayahnya itu.
“Ohhh begitu, risau ayah tadi takut apa-apa yang buruk berlaku kat Hidayah.” Haikal terus memimpin tangan anaknya itu melangkah masuk ke dalam rumah sambil menutup pintu hadapan rumahnya itu. Keheningan malam menjemput angin yang meniup membawa kesejukan di kawasan tersebut. Malam itu menjadi semakin sunyi sambil sekali sekala terdengar bunyi suara binatang yang memecah kesunyian pada malam itu.

“NAMPAKNYA hari ini aku awal sampai jadi takde lah aku nak kena menjawab soalan-soalan bonus dari  prof lagi.” Ngomil sendirian Hidayah yang sedang duduk diatas bangku didalam dewan kuliyahnya itu. Jam dinding yang terpampang diatas papan putih dalam dewan kuliyah itu telah menunjukan pukul lapan lima belas minit pagi, suasana sedikit riuh dengan bebelan kawan-kawan sekelasnya itu.
“Kalau dia lambat tak apa, cuba kalau aku yang lambat pandai pulak dia nak marah-marah menyampah aku.” Bisiknya didalam hati akan karenah profnya itu. Kini pandangannya dihumbankan sebentar kekanan pandangannya terarah pada Adli yang selalu menyakat dan menghambakan Hidayah untuk menyiapkan assignment. Adli sempat membalingkan senyuman sindiran buat Hidayah yang terpandangnya tadi.
“Ni lagi satu manusia yang paling aku benci mentang-mentang aku dah siapkan assignment dia baru nak senyum kat aku tu pun tak ikhlas pulak tu.” Hidayah pun memalingkan mukanya semula kearah pintu masuk dewan kuliyah tersebut  menanti kehadiran profnya itu.
“Selamat pagi semua” Itulah perkataan yang pertama yang keluar dari mulut prof Hamdan pada pagi itu.
“Sampai juga orang tua ni aku ingat tak sampai tadi” Bisik hati Hidayah selepas beramai-ramai mengucapkan selamat pagi kembali buat prof Hamdan itu tadi. Prof Hamdan terus memandang kearah Hidayah yang sudah berada di atas bangkunya sejak awal lagi.
“Hemmmm Hidayah awak dah ambil balik duit yuran yang awak bayar kat pengurusan UIA ini semula ke” Prof Hamdan memandang tepat kearah Hidayah sambil membalingkan senyuman sinis khas buat Hidayah. Gamat seketika dewan kuliyah tersebut dengan gelak tawa kecil.
“Prof boleh saya tanya satu soalan kat prof.” Pinta Hidayah yang sedang berdiri menghadap kearah Prof Hamdan.
“Ia Hidayah teruskan.” Pinta prof Hamdan yang ingin mengetahui apa yang ingin Hidayah sampaikan kepadanya.
“Prof kalau saya lambat prof akan marah saya tapi sekarang ni prof yang lambat boleh tak prof berikan alasan yang munasabah kenapa prof perlu berada di dalam dewan ni untuk mengajar kami.” Terdiam semua penghuni yang menghuni dewan kuliyah tersebut dengan soalan yang ditanyakan oleh Hidayah kepada Prof Hamdan.
“Kalau  prof hanya mendiamkan diri ini bermakna prof tiada alasan yang munasabah untuk terus berada di dalam bilik kuliyah ini.” Pinta Hidayah agar prof Hamdan memberi jawapan atas pertanyaannya tadi. Sementara rakan-rakannya yang lain makin terkedu atas desakan Hidayah pada prof Hamdan itu.
“Terangkan kepada saya apa hak awak sebagai seorang pelajar untuk bertanya akan soalan seperti itu kepada saya.” Mukanya sedikit kemerahan akan soalan-soalan yang ditujukan oleh Hidayah terhadapnya.
“Kami ni semua adalah pelajar di sini, kami membayar yuran kepada pengurusan UIA untuk menimba ilmu disini, jadi dengan dana yuran yang kami bayar itu digunakan untuk menampung  pembayaran gaji buat prof Hamdan, jadi dengan secara tidak langsungnya kami semua adalah majikan kepada prof. Jadi sebagai seorang majikan salahkah saya menanyakan soalan-soalan seperti itu kepada prof.” Lantas Hidayah terus duduk setalah selesai membentangkan hujah yang agak panjang itu.
“Terkena pulak aku kali ni ni yang buat aku panas ni.”bisikan didalam hati hamdan terhadap pekara yang berlaku itu.
“Kalau nak ikutkan hati sku ni nak je aku tamparkan mulut budak perempuan ni! Tapi ada betul juga apa yang dia katakan tu, takpe le kali ni biar aku je yang merendahkan diri.” Gesa hati hamdan yang sedang menmendang tepat kearah Hidayah. Kini pandangannya tertumpu pula kepada semua pelajar yang berada di satu.
“Sebenarnya tadi saya tersekat dalam kesesakan lalu lintas itu yang membuatkan saya terlambat hari ni maafkan saya.” Jelas hamdan kapada semua pelajar yang mengikuti kelasnya itu.
“Jadi sekarang saya dah terangkan segala-galanya, Boleh tak kita memulakan pengajian kita untuk hari ini Hidayah.” Soalan itu ditujukan tepat kepada Hidayah sambil merenung kearah Hidayah.
“Baiklah prof dan saya berharap agar pekara ini takan berulang lagi.”jawab Hidayah ringkas sembil mengukirkan senyuman buat hamdan yang sedang berdiri memandang kearahnya.
“Boleh tahan juga gila budak badut tu kan selamba bodoh je dia tembak prof Hamdan tu kan.a” bisik Adli  pada telinga Sham yang duduk bersebelahan bangkunya itu.
“Tu le yang aku pelik tu kalau dengan kau kang bukamainnya takut sangat di tapi dengan prof Hamdan tu bukan main berani le pulak dia.” Dia menggelengkan kepalanya sambil dahinya berkedut melihatkan gelagat Hidayah itu tadi. Dan kini kelas untuk pagi ini sedang berjalan seperti yang biasa.