SATU
Riak wajah Haikal sedikit pun tidak menunjukkan yang dia terperanjat akan apa yang sedang dilihatnya. Namun ekor matanya masih lagi melihat sekeliling kawasan rumah yang cukup besar seumpama sebuah mahligai yang pasti menjadi impian pada setiap kehidupan yang bergelar manusia. Sedang dia khayal mengamati mahligai tersebut, telinganya diganggu dengan bunyi pagar yang terbuka sendiri lantas pandangan matanya sendiri teralih pada pagar yang menggelongsor dan menampakkan dengan lebih jelas keadaan sebenar kawasan mahligai tersebut.
“Inilah yang dikatakan rezekikan ayah.” Sampuk Hidayah sambil mengukirkan senyuman buat ayahnya itu.
“Ayah tak pernah termimpi yang kita akan menerima semua ini.” Sambil menyusun langkah Haikal melintasi pagar yang terbuka itu tadi ,sambil Hidayah mengikuti langkah ayahnya itu.
Kini bermulalah lebaran baru buat dua beranak itu yang dahulunya hanya mampu menyewa sebuah rumah setinggan bagi meneruskan kehidupan yang dipinjamkan oleh ILLAHI buat sementara waktu. Kisah duka dalam hidup Hidayah bakal lenyap buat selamanya seperti embun yang dibakar sinaran mentari di pagi hari. Keperitan hidupnya di masa lalu akan dibaluti dengan sejarah yang akan menjadi guru sebagai rujukan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Inilah yang dinamakan kehidupan seperti pusingan roda ada masanya kita diatas dan ada masanya kita dibawah kita hanya merancang dan ALLAH yang akan menentukan segalanya.
Kedengaran bunyi loceng yang kuat itu menelan segala bunyi sedikit riuh dari segelintir pelajar yang sedang berbaris sebelum masuk ke kelas masing-masing. Sama seperti sekolah yang lain, sekolah swasta yang dimiliki oleh Tuah Haji Dato Adiwira itu juga akan menyayikan lagu Negaraku dan lagu sekolah tersebut pada setiap pagi Isnin, dan akan diikuti dengan bacaan doa dari seorang ustaz yang mengajar di sekolah tersebut. Setelah selesai segala rutin harian pagi Isnin itu semua pelajar masuk ke kelas masing-masing untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh.
“PAKCIK.” sapa Salina salah seorang guru yang mengajar di sekolah tersebut. Namun Haikal masih tidak menolehkan mukanya kearah Cikgu Salina.
“Pakcik.” kali ini suaranya agak kuat untuk memastikan yang Haikal dapat mendengar akan panggilannya.
“Ohh cikgu ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Lantas Haikal menoleh memandang kearah Cikgu Salina.
“Dari tadi saya panggil pakcik ape pakcik ni pekak ke.” Riak wajahnya sedikit marah akan Haikal yang tidak menghiraukan panggilannya kali pertama itu tadi.
“Maafkan saya cikgu saya benar-benar tak dengar tadi.” Haikal menundukkan kepalanya seakan takut akan Salina.
“Tak dengar ke atau saja buat-buat tak dengar.” Salina seakan mahu memanjangkan benda yang remeh.
“Maafkan saya cikgu.” Haikal masih lagi menundukkan kepalanya.
“Pengetua hendak berjumpa dengan pakcik di pejabatnya sekarang.” Sambil menjeling kearah Haikal.
“Hoi dengar ke tak ni.” Sergah Salina yang memerhatikan Haikal tidak memberi sebarang tindak balas akan pesannya itu.
“Saya dengar cikgu.” Haikal berkata sambil mengganggukkan kepalanya.
“Payah betul bercakap dengan orang pekak ni.” Ngomel Salina sambil berjalan meninggalkan Haikal di luar kawasan bilik guru.
“Alamak habis lah aku kali ni ape yang aku nak jawab dengan prof kali ni, masak lah aku.” Hidayah masih lagi berdiri di muka pintu dewan kuliyah tersebut, hatinya berbelah bagi sama ada mahu terus masuk saja atau tidak ke dalam dewan kuliyah itu.
“Ahhh lantak lah kena marah je bukan sakit pun.” Bentak hatinya memaksa dia masuk ke dalam dewan kuliyah tersebut. Hidayah mengetuk pintu yang berada di hadapannya lalu membuka pintu tersebut, setelah dia melangkah masuk lalu tangannya terus menutup kembali pintu itu, semua mata yang berada didalam dewan kuliyah tersebut memandang tepat kearah Hidayah.
“Beri saya satu alasan yang kukuh, mengapa saya harus membenarkan awak mengikuti kelas saya pada hari ini.” Prof. Hamdan memandang tepat kearah Hidayah yang terkedu akan soalan dari prof Hamdan itu tadi.
“Minggu ini sahaja dah tiga kali awak datang lambat.” Tegas prof Hamdan dengan nada suara yang sedikit kasar.
“Hidayah saya tanya awak ni kenapa awak diam.” Gesa prof Hamdan agar Hidayah memberikan penjelasan. Namun Hidayah masih mendiamkan dirinya.
“Baiklah jika awak tiada alasan yang kukuh sila tinggalkan dewan ni, tolong jangan ganggu kelas saya! Sambil tangannya menunjukkan pintu masuk dewan kuliyah itu.
“Sebab... sebab... sebab...” Hidayah sedikit menggigil untuk meneruskan kata-katanya itu.
“Sebab, sebab, sebab apa Hidayah?” Tegas prof Hamdan dengan suara yang tinggi.
“Sebab saya bayar yuran untuk belajar di sini.” Sahut Hidayah dengan suara yang agak perlahan.
“Jadi semua kawan-kawan awak yang datang awal tak bayar yuran ke?” Tak sempat habis Hidayah menarik nafas lagi soalan prof Hamdan masuk tepat ke dalam telinganya.
“Bukan itu.......”
“Ahhhh cukup Hidayah, ingat ini kali terakhir awak lewat dalam kelas saya, jika ianya masih berulang lagi saya tidak akan benarkan awak berada dalam kelas saya lagi faham!” prof Hamdan memotong percakapan Hidayah.
“Terima kasih prof.” Lantas Hidayah melangkah menuju ke arah tempat duduknya, sambil telinganya mendengar gelak kecil dari rakan-rakannya yang berada didalam dewan kuliyah tersebut.
“Baiklah semuanya kita tinggalkan pasal budak yang bayar yuran itu tadi, kita sambung semula pelajaran kita.” Sedikit sindiran dari prof Hamdan membuatkan dewan kuliyah tersebut di hujani dengan gelak ketawa yang agak kuat, membingitkan seketika dewan itu.
SUDAH menjadi rutin harian Puan Amirah setiap pagi dia akan memenuhi masa sehingga tengahari bersama nasi lemaknya untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia terpaksa melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar suami, ini kerana ia telah kehilangan suaminya dalam tiga tahun yang lepas kerana suaminya terlibat dalam satu kemakangan ngeri. Semua tanggungjawab kini dipikul dirinya sendiri. Gerai nasi lemak Puan Amirah terletak berhampiran dengan rumah anak-anak yatim Nur Sumayah yang juga dimiliki oleh Dato Adiwira. Rumah anak-anak yatim yang berkeluasan lebih dari enam ekar itu menempatkan sekolah, bilik komputer, asrama, dan juga padang untuk penghuni di rumah tersebut melakukan riadah pada kepetangan harinya itu.
“Akak Mira bungkuskan saya dua nasik lemak, satu lauk ayam dan satu lagi tu bubuh sotong ye.” Pinta Ustaz Arif setiba sampai di hadapan gerai Puan Amirah bersama motorsikalnya. Lantas Amirah melemparkan pandangannya terus kearah suara Arif yang berkumandang itu tadi.
“Itu saja ke ustaz?” Tanya Amirah untuk kepastian sambil kedua belah tangannya menyiapkan apa yang dipesan oleh Arif itu tadi.
“Ia itu saja kak.” Jawapan rigkas dari Arif.
“Haikal ada datang kerja ke hari ini ustaz.” Terpantul jua soalan yang payah untuk dilafazkan oleh Amirah kerana takut Arif akan salah sangka soalannya itu.
“Ada! Kenapa kak ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” soal Arif sambil melontarkan senyuman sinis buat Amirah.
“Tak ada ape-ape akak saja je tanya.” Sambil membalas senyuman sindir buat Arif. Kelihatan muka Amirah kemerahan kerana malu akan soalan yang ditanyakan itu tadi.
“Hai, kenapalah mulut ni boleh terlepas soalan macam tu pulak.” Mengomel sendirian Amirah didalam hatinnya.
“Tak payah le akak malu-malu tak salah pun janji tak melanggar adat resam agama, jodoh pertemuan, ajal mautkan milik Allah.” Tambah arif untuk mengorek rahsia yang terbeku di hati Amirah.
“Kesitu pula ustaz ni.” Sambil menghulurkan nasi lemak yang dipesan oleh Arif itu tadi dengan diiringi senyuman.
“Saya mintak dua bungkus saja kenapa ada tiga pulak ni kak?” Riak wajahnya menimbulkan seribu tanda tanya.
“Yang satu lagi tu akak nak mintak tolong kat Arif bagi kat Haikal.” Menghurai segala persoalan yang bermain di fikiran Arif.
“Posmen pun posmen le kak janji akak bahagia.” Melemparkan kata-kata mengusik Amirah yang makin tertunduk malu. Arif berlalu meninggalkan warung tersebut yang masih ramai disitu, ada yang sedang menikmati kelazatan nasi lemak di atas meja yang disediakan untuk kemudahan sesetengah pelangan.
Meja yang sedikit berselerak menampakan kesibukan Encik Karim pada pagi itu. Memegang jawatan pengetua di Sekolah Kebangsaan Sumayah adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul oleh Karim. Namun begitu dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, kerana ia mahu semua pelajar sekolahnya akan menjadi manusia yang berguna apabila mereka dewasa kelak. Kehadiran Haikal di dalam pejabatnya mengganggu seketika kerja-kerja yang hendak dilakukannya.
“Saya dapat pesanan yang pengetua hendak berjumpa dengan saya.” Ia ingin mengetahui apa sebenar yang dikehendaki oleh pengetua darinya. Haikal masih berdiri terpacak di hadapan meja Pengetua Karim.
“Oh Encik Haikal silalah duduk.” Gesa Karim yang tidak suka akan orang berdiri apabila berada didalam biliknya. Mendengarkan arahan dari Karim tadi lantas Haikal melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di hadapannya.
“Begini Encik Haikal minggu hadapan Dato Adiwira akan datang untuk melawat sekolah, jadi saya nak awak pastikan yang kawasan sekitar sekolah ni cukup bersih agar Dato berasa selesa berada di sekolah ini nanti.” Terang Karim dengan suara yang tegas.
“Saya faham pengetua saya akan cuba melakukannya.” Jawab haikal yang sedikit kurang senang dengan kata-kata Karim itu tadi kerana selama dia berkhidmat untuk sekolah ini tak pernah dia mengabaikan tanggungjawabnya akan kebersihan sekolah tersebut.
“Saya tak nak sekadar awak faham sahaja yang saya nak awak pastikan dengan yakin sekolah ini bersih itu tanggungjawab awak.” Ia menerangkan dengan lebih teliti akan kehendaknya kepada sekolah itu. Sambil Haikal hanya menganggukkan kepalanya tanpa sebarang kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.
“Saya bukan apa Haikal saya dapat aduan dari beberapa orang guru sekolah ini yang kamu kini semakin lalai dari melakukan tanggungjawab” Tambah Karim memberikan keterangan dengan lebih lanjut.
“Kamu kena ingat yang kita disini telah dibayar untuk melakukan tanggungjawab kita masing-masing saya harap awak faham.” Sambung Karim yang menatap tepat kearah wajah Haikal.
“Saya faham pengetua.” Ringkas haikal yang kecewa akan kata-kata Karim yang menuduhnya tidak melakukan kerjanya dengan baik . Sedangkan tak pernah dia melakukan pekara yang sebegitu.
“KAT sini rupanya abang Haikal! puas saya merayau satu sekolah ni mencari abang.” Sedikit cepat nafas yang disedut oleh Arif setelah mencari Haikal buat seketika waktu.
“Oh ustaz ada apa-apa pekara yang silap ke yang saya lakukan.” Tanya Haikal untuk kepastian.
“Takde ape yang silap, tapi kenapa abang tanya begitu.” Mengerut sedikit dahi Arif kerana kurang faham kenapa Haikal bertanyakan soalan begitu kepadanya.
“Tiada ape lah ustaz, cuma saya takut kalau-kalau saya ada melakukan kesalahan dimata ustaz.” Sambil tersenyum memandang Arif.
“Ada saja le abang ni, saya ni cari abang cuma nak sampaikan nasi lemak ni kat abang.” ia mendekati Haikal lalu menghulurkan bungkusan yang dibawanya itu.
“Buat susah-susah je ustaz ni.” Terus mengambil bungkusan yang dihulurkan kepadanya itu.
“Ishhh mana ada susah bang lagipun bukan saya yang belanja abang nasi tu.” Sedikit tergelak merenung kearah wajah Haikal yang berpeluh itu.
“Habis tu siapa yang kasi nasi ni untuk saya.” Tergamam dengan kata-kata Arif itu tadi. Kotak fikirannya bermain bersoalan siapakah yang memberikan kepadanya nasi lemak itu.
Arif hanya tergelak kecil melihat wajah Haikal yang berpeluh dengan riak mukanya menimbulkan seri persoalan, lantas Arif meninggalkan Haikal kerja-kerja dan nasi lemaknya itu. Haikal masih tercegat berdiri disitu memerhatikan Arif yang meninggalkannya tanpa jawapan akan soalannya itu tadi .
DUA
Apa yang pasti setiap hari dalam pukul dua belas tengah hari pasti di kafeteria Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Gombak itu pasti akan riuh dengan pelajar-pelajar yang berkerumun untuk menjamu selera setelah penat otak selama beberapa jam menelaah pelajaran mereka masing-masing. Namun bagi Hidayah tiada bezanya berehat ataupun meneruskan pengajian kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya mengajarnya erti berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan hariannya.
“Hoi Sham kau nampak tak badut kelas kita.” Tanya Adli kepada Sham yang sedang khusyuk menikmati makanan tengah harinya itu.
“Kau ni apehal ni Adli dah semester kedua kita belajar kat sini kau pernah ke nampak yang badut tu makan kat sini waktu rehat?” Soal Sham kembali buat Adli yang seolah-olah tercari-cari Hidayah.
“Dah angau dah kawan kite ni agaknya.” Rina tergelak sambil menepuk-nepuk bahu Adli yang masih lagi tercari-cari Hidayah didalam kawasan kafe tersebut.
“Cinta mula berputik le tu.” Sambung Sham mengiakan ape yang dikatakan oleh Rina itu tadi.
“Takde maknanya aku nak tangkap cinta dengan si badut tu.” Keras suara Adli menafikan apa yang dikatakan oleh dua kawannya tadi.
“Habis tu yang kau beria-ria sangat cari badut tu kenapa? Cinta la maknanya tu.” Sham masih cuba membenarkan apa yang dikatakannya itu.
“Eeee geli aku mendengarnya dengan muka macam tu dah le pakai cermin mata tebal muka tak pernah nak memekap, jalan berterabur bukan macam tu ler perempuan taste aku agak-agak le korang ni.” Ia menggeleng-gelengkan kepalanya. Sementara Rina dan Sham masih tergelak melihatkan gelagat kawannya itu yang kurang senang dengan kata-kata mereka itu tadi.
“Releks le Adli kita orang saje je, kita orang tau le taste kau kami bergurau sahajalah.” Sekali lagi Rina menepuk-nepuk bahu Adli sambil masih lagi tergelak kecil.
“Korang ni pun satu le kalau nak carikan calon untuk aku cari le yang elok sikit ni yang korang carikan untuk aku badut tu, ada akal ke.” Ia mencapai cawan yang berisi air yang berada di hadapannya lalu meneguknya.
“Takde le aku nak ambil assignment yang aku suruh dia buat hari tu, esok tarikh akhir untuk hantar kat prof kalau tak siap lagi masak le aku.” Mukanya berkerut mengigatkan pekara yang mengganggu fikirannya sementara Rina membalingkan pandangannya pada sebuah pondok yang tersegam berhampiran kafe tersebut.
“Oiii Adli tu bukan ke makwe kau yang kau cari tu tadi. Sapa Rina sambil Adli mengalih pandangannya kepada arah yang ditunjukkan oleh jari Rina itu.
“Longkang betul la mulut kau ni, kau pernah makan kasut saiz empat puluh satu tak.” Kini Adli kelihatan marah akan ungkapan yang disampaikan oleh Rina itu. Sambil ia memegang tengkuk Rina.
“Haiiiii Adli releks la Rina bergurau je le tu.” Sambil menarik tangan Adli yang mencengkam leher Rina memaksa Adli melepaskan cengkamannya itu sementara Rina agak terkejut melihat tindakan Adli terhadap dirinya.
“Ye lah Adli aku bergurau je le jangan le marah.” Mukanya pucat sambil memandang kearah Adli.
“Ahhhhh dah leh cuaca hari ni panas, korang nak tambahkan pulak panas kat hati aku ni blahhh lah korang.” Adli mencapai beg yang diletakkan diatas meja tersebut sambil bangun berlalu meninggalkan kedua rakan-rakannya itu dan menghala kearah Hidayah. Sementara kedua rakannya itu terpaku malihatkan tindak tanduk Adli itu.
“Hoi badut puas aku cari kau kat sini rupanya kau.” Kuat suara Adli yang hampir di telinga Hidayah membuatkan ia terperanjat dan buku yang dipegangnya tadi terjatuh diatas rumput.
“Adli! terkejut aku lain kali bagilah salam dulu.” Sambil dia mengutip kembali buku yang terjatuh itu tadi.
“Alah tak payah le kau nak ceramah kat aku pulak.” Suaranya masih lagi kuat untuk membingitkan telinga Hidayah, namun Hidayah terdiam tidak bersuara mukanya menunjukkan yang ianya dalam ketakutan berhadapan dengan Adli.
“Mana assignment yang aku suruh kau buat tu” Tanyanya dengan nada suara yang agak kasar. Namun Hidayah masih membisukan dirinya tampa sebarang kata.
“Hoi badut kau pekak ke aku tanya kau ni” Gesanya untuk mengetahui kedudukan sebenar assignment.
“Saya tak siapkan lagi assignment awak.” Jelas Hidayah dalam keadaan ketakutan badannya sedikit menggeletar.
“Hoi kau gila ke esok tarikh terakhir untuk hantar assignment tu le badut ape bengap sangat kau ni.”
“Saya tahu! Malam ni saya siapkan esok saya bagi kat awak ye.” Tidak terlintas didalam hati Hidayah untuk memandang wajah Adli yang dalam keadaan marah.
“Oiiii kau dengar sini esok kalau kau tak siapkan juga assignment aku, aku ambil assignment kau jadikan assignment aku kau faham. Ia mengalihkan kedudukan badannya untuk memandang kearah muka Hidayah yang sedang dalam ketakutan itu. Sementara Hidayah hanya mengganggukan kepalanya tanda faham. Lantas Adli berlalu meninggalkan Hidayah berseorangan . Hidayah melemparkan pandangannya kearah Adli yang berlalu pergi.
“Dekat sini rupanya kawan baik aku ni .” Sapa Lin yang baru sampai lalu terus duduk bersebelahan dengan Hidayah sambil memegang bahu rakannya itu .
“Ops, awak rupanya Lin.” Ia terkejut dengan kehadiran Lin.
“Kenapa badan kau menggigil kau tak sihat ke Hidayah” Soal Lin yang ingin mengetahui keadaan sebenar Hidayah.”
“Tak lah saya sihat.” Ringkas jawapan yang diberikan kepada Lin
“Habis tu kenapa badan awak menggigil ni, kalau awak tak sihat jomlah saya bawak awak pergi klinik ?“ Soal Lin lagi yang kini mengelapkan muka Hidayah yang sedikit berpeluh, mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas itu atau kerana ketakutan disebabkan Adli itu tadi.
“Betul saya tak apa-apa awak jangan lah risau ye.” Sambil tersenyum memandang wajah Lin yang baru lepas mengelapkan mukanya itu tadi.
“Lin saya ingat saya tak boleh le datang ke rumah awak hari ni.” Sambil dia menyimpan buku yang berada di dalam tangannya kedalam beg. Takut juga dia untuk meluahkan perkataan itu kerana dia sedang cuba untuk meminta cuti kepada anak majikannya itu.
“Kenapa Hidayah ada yang tak kena ke?” Lin ingin mengetahui apa yang menyebabkan Hidayah tak dapat datang kerumahnya hari ini.
“Takde apa cuma saya nak siapkan assignment saya je.” Hatinya berdebar kerana terpaksa menipu kawannya itu. Dia tidak memandang kearah wajah Lin kerana risau riak mukanya akan memberitahu kepada Lin yang dia sedang menipu kawannya itu.
“Tak pe awak datang je nanti kita sama-sama siapkan assignment awak tu ye.” Pujuk Lin agar Hidayah hadir juga kerumahnya hari ini.
“Tak payah la menyusahkan awak je” Dia menolak pelawaan Lin.
“Apa pulak yang susahnya! Saya tak kira pukul tiga karang saya tunggu awak kat kereta saya jangan lupa pulak, kita jumpa pukul tiga kang.” Lantas Lin pun berlalu meninggalkan Hidayah berseorangan. Lalu Hidayah pun mengatur langkah untuk menuju kearah Dewan kuliyahnya dalam keadaan cuaca yang masih lagi panas.
DARI terang benderang ke gelap gelita dari kesibukan menemui ketenangan kini mentari menjemput kehadiran bulan yang untuk menemani seluruh manusia yang bertapak diatas muka bumi ini. Dalam waktu-waktu seumpama ini hampir sebahagian manusia yang kini sedang beristirehat bersama keluarga namun Haikal masih lagi menanti kepulangan Hidayah yang belum lagi pulang kerumah. Ketika ini hatinya disimbah dengan kerisauan manakala fikirannya dibajai dengan kebimbangan sementara perasaannya bercampur baur dengan kebimbangan akan keselamatan anak tunggalnya itu. Itulah penyebab utama yang membuatkan matanya acapkali memandang kearah pintu hadapan rumahnya yang terngaga luas menantikan kepulangan anaknya itu.
“Kenapa lambat pula Hidayah balik hari ni.” Soalnya kepada dirinya sendiri. Riak wajahnya menampakkan kerisauan yang teramat akan pekara itu.
“Ya ALLAH janganlah ada sesuatu pekara yang buruk berlaku terhadap anakku itu, aku memohon agar kau melindungi akan anak aku itu ya ALLAH amin. Setakat ini hanya itu sahaja yang mampu dilakukan olehnya. Dengan memohon pertolongan dari yang maha Esa. Kini matanya beralih arah memandang tepat jam dinding yang tergantung di dinding ruang tamu rumahnya itu. Kini jarum jam telah menunjukkan pukul sembilan empat puluh dua minit malam. Kebiasaannya paling lewat pun Hidayah pulang kerumah pukul tujuh suku. Tapi kini sudah hampir dua jam setengah terlewat untuk pulang kerumah.
“Apa yang harus aku buat sekarang ni.” Bentaknya didalam hati sambil Haikal terus menuju kearah pintu hadapan rumahnya.
“Kereta siapa pulak tu yang menghala kerumah aku ni.” Tanya Haikal didalam hatinya. Setalah berada di hadapan rumah Haikal kereta tersebut berhenti dan pandangan mata Haikal tajam dihunuskan pada kereta tersebut.
“Syukur alhamdulilah.” Lafaz Haikal didalam hatinya apabila terpandang wajah wanita yang keluar dari dalam kereta tersebut adalah anaknya yang sangat dinantikannya tadi. Sementara Hidayah masih tercegat memerhatikan kereta yang membawanya pulang itu berlalu pergi meninggalkannya dirumahnya.
“Assalammualaikum ayah.” Lantas Hidayah memberi salam kepada ayahnya apabila melihat ayahnya ada berdiri di hadapan pintu rumahnya itu.
“Waalaikummusalam! kenapa lambat sangat balik hari ni sayang.” Haikal menyahut salam yang diberikan kepadanya, dan menanyakan masalah yang menimpa anaknya itu sehingga lambat pulang ke rumah dengan suara yang penuh dengan kasih sayang.
“Maafkan Hidayah ayah tadi lepas kelas Hidayah terus kerumah Lin untuk siapkan assignment yang nak kena hantar esok, Hidayah terlupa nak beritahu ayah pagi tadi.” Jawab Hidayah panjang lebar sambil menangkap tangan ayahnya lalu diciumnya, kerana itulah rutin yang akan dilakukan setiap kali pulang atau keluar dari rumah sambil menghadiahkan sekuntum senyuman yang teramat manis buat ayahnya itu.
“Ohhh begitu, risau ayah tadi takut apa-apa yang buruk berlaku kat Hidayah.” Haikal terus memimpin tangan anaknya itu melangkah masuk ke dalam rumah sambil menutup pintu hadapan rumahnya itu. Keheningan malam menjemput angin yang meniup membawa kesejukan di kawasan tersebut. Malam itu menjadi semakin sunyi sambil sekali sekala terdengar bunyi suara binatang yang memecah kesunyian pada malam itu.
“NAMPAKNYA hari ini aku awal sampai jadi takde lah aku nak kena menjawab soalan-soalan bonus dari prof lagi.” Ngomil sendirian Hidayah yang sedang duduk diatas bangku didalam dewan kuliyahnya itu. Jam dinding yang terpampang diatas papan putih dalam dewan kuliyah itu telah menunjukan pukul lapan lima belas minit pagi, suasana sedikit riuh dengan bebelan kawan-kawan sekelasnya itu.
“Kalau dia lambat tak apa, cuba kalau aku yang lambat pandai pulak dia nak marah-marah menyampah aku.” Bisiknya didalam hati akan karenah profnya itu. Kini pandangannya dihumbankan sebentar kekanan pandangannya terarah pada Adli yang selalu menyakat dan menghambakan Hidayah untuk menyiapkan assignment. Adli sempat membalingkan senyuman sindiran buat Hidayah yang terpandangnya tadi.
“Ni lagi satu manusia yang paling aku benci mentang-mentang aku dah siapkan assignment dia baru nak senyum kat aku tu pun tak ikhlas pulak tu.” Hidayah pun memalingkan mukanya semula kearah pintu masuk dewan kuliyah tersebut menanti kehadiran profnya itu.
“Selamat pagi semua” Itulah perkataan yang pertama yang keluar dari mulut prof Hamdan pada pagi itu.
“Sampai juga orang tua ni aku ingat tak sampai tadi” Bisik hati Hidayah selepas beramai-ramai mengucapkan selamat pagi kembali buat prof Hamdan itu tadi. Prof Hamdan terus memandang kearah Hidayah yang sudah berada di atas bangkunya sejak awal lagi.
“Hemmmm Hidayah awak dah ambil balik duit yuran yang awak bayar kat pengurusan UIA ini semula ke” Prof Hamdan memandang tepat kearah Hidayah sambil membalingkan senyuman sinis khas buat Hidayah. Gamat seketika dewan kuliyah tersebut dengan gelak tawa kecil.
“Prof boleh saya tanya satu soalan kat prof.” Pinta Hidayah yang sedang berdiri menghadap kearah Prof Hamdan.
“Ia Hidayah teruskan.” Pinta prof Hamdan yang ingin mengetahui apa yang ingin Hidayah sampaikan kepadanya.
“Prof kalau saya lambat prof akan marah saya tapi sekarang ni prof yang lambat boleh tak prof berikan alasan yang munasabah kenapa prof perlu berada di dalam dewan ni untuk mengajar kami.” Terdiam semua penghuni yang menghuni dewan kuliyah tersebut dengan soalan yang ditanyakan oleh Hidayah kepada Prof Hamdan.
“Kalau prof hanya mendiamkan diri ini bermakna prof tiada alasan yang munasabah untuk terus berada di dalam bilik kuliyah ini.” Pinta Hidayah agar prof Hamdan memberi jawapan atas pertanyaannya tadi. Sementara rakan-rakannya yang lain makin terkedu atas desakan Hidayah pada prof Hamdan itu.
“Terangkan kepada saya apa hak awak sebagai seorang pelajar untuk bertanya akan soalan seperti itu kepada saya.” Mukanya sedikit kemerahan akan soalan-soalan yang ditujukan oleh Hidayah terhadapnya.
“Kami ni semua adalah pelajar di sini, kami membayar yuran kepada pengurusan UIA untuk menimba ilmu disini, jadi dengan dana yuran yang kami bayar itu digunakan untuk menampung pembayaran gaji buat prof Hamdan, jadi dengan secara tidak langsungnya kami semua adalah majikan kepada prof. Jadi sebagai seorang majikan salahkah saya menanyakan soalan-soalan seperti itu kepada prof.” Lantas Hidayah terus duduk setalah selesai membentangkan hujah yang agak panjang itu.
“Terkena pulak aku kali ni ni yang buat aku panas ni.”bisikan didalam hati hamdan terhadap pekara yang berlaku itu.
“Kalau nak ikutkan hati sku ni nak je aku tamparkan mulut budak perempuan ni! Tapi ada betul juga apa yang dia katakan tu, takpe le kali ni biar aku je yang merendahkan diri.” Gesa hati hamdan yang sedang menmendang tepat kearah Hidayah. Kini pandangannya tertumpu pula kepada semua pelajar yang berada di satu.
“Sebenarnya tadi saya tersekat dalam kesesakan lalu lintas itu yang membuatkan saya terlambat hari ni maafkan saya.” Jelas hamdan kapada semua pelajar yang mengikuti kelasnya itu.
“Jadi sekarang saya dah terangkan segala-galanya, Boleh tak kita memulakan pengajian kita untuk hari ini Hidayah.” Soalan itu ditujukan tepat kepada Hidayah sambil merenung kearah Hidayah.
“Baiklah prof dan saya berharap agar pekara ini takan berulang lagi.”jawab Hidayah ringkas sembil mengukirkan senyuman buat hamdan yang sedang berdiri memandang kearahnya.
“Boleh tahan juga gila budak badut tu kan selamba bodoh je dia tembak prof Hamdan tu kan.a” bisik Adli pada telinga Sham yang duduk bersebelahan bangkunya itu.
“Tu le yang aku pelik tu kalau dengan kau kang bukamainnya takut sangat di tapi dengan prof Hamdan tu bukan main berani le pulak dia.” Dia menggelengkan kepalanya sambil dahinya berkedut melihatkan gelagat Hidayah itu tadi. Dan kini kelas untuk pagi ini sedang berjalan seperti yang biasa.
No comments:
Post a Comment