Saturday, 14 January 2012

MAHLIGAI BUAT SI DUDA BAB 3 DAN 4


TIGA
            Razi bersandar di belakang bonet keretanya kerana menantikan Akmal yang masih belum tiba. Kawasan parking di hadapan pejabat mereka hampir penuh dengan kereta-kereta kebanyakan orang yang bekerja di kawasan itu. Embun yang mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada cahaya mentari yang kini ingin memonopoli kawasan tersebut membuatkan Radi makin dapat merasa sedikit kehangatan matahari yang menerjah ke tubuh badannya.  
            “Ni yang aku tak suka ni jadi tiang lampu kat sini, mana pulak Akmal ni,” Rungut hati Radi yang kini semakin terasa kehangatan mentari. Anak mata Radi tertumpu pada sebuah teksi yang semakin hampir dengannya.
            “Sorry le bro lambat sikit,” Akmal yang baru turun dari teksi tersebut terus menyusun langkah menghala ke Radi.
            “Sorry kepala hanggok kau berejam aku tunggu kau kat sini,” tangannya terus menyambut tangan Akmal terhunus di hadapannya untuk bersalaman.
            “Yang kau naik teksi ni kenapa pulak, mana kereta kau,” soal Radi kepada Akmal yang ingin mengetauhi pekara sebenar.
            “Kereta aku rosak le tu yang buat aku lambat ni,” jelas  Akmal yang baru tiba itu.
            “Ada-ada je kau ni, Dah le jom karang lambat pulak kita masuk kerja,” lantas mereka pun menaiki kereta proton Wira kepunyaan Akmal yang terparking bersebelahan dengan mereka. Kereta itu meluncur agak sedikit laju.
            “Relaks la bro yang kau laju sangat ni kenapa, takan lari warong Amira yang dikejar,” Gurau Radi yang tersenyum melihatkan wajah Akmal itu.
            “Banyak le kau warong tu memanglah tak lari tapi Amirah tu kau boleh ke pastikan yang dia takan lari.” Jelas Akmal yang menumpukan pemerhatiannya dalam pemanduannya. Lalu lintas di jalan tersebut agak sibuk dengan kenderaan warga kota yang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing.
            “Aku kenal kau agak lama lah juga, tapi kekadang aku tak faham jugak ngan perangai kau ni,” kini Radi cuba mengheret Akmal bersembang dengannya agar ia dapat membongkar rahsai Akmal  yang ingin dia ketahuinaya.
            “Apa pulak yang kau merepek pagi-pagi ni,” Akmal ingin mengetahui apa yang ingin diketahui oleh radi tenteng dirinya lagi.
            “Takde lah aku pelik le punya banyak wanita muda kat dunia ni kenapa Amirah juga yang jadi pengarang jantung kau ni,” Radi beterus terang akan apa yang ingin diketahuinya dari Akmal.
            “Kenapa tak boleh ke, salah ke atau kau pun ada menyimpan hati kat Amirah tu,” jawab Akmal yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan soalan Radi itu tadi.

“RAJIN semacam je aku tengok Haikal tu hari ni, ialah awal-awal pagi dah sampai tak makan tak minum terus buat kerja,” Haida yang baru tiba didalam bilik guru terus duduk di bangkunya yang bersebelahan dengan Salina. Di dalam bilik guru itu hanya ada beberapa orang guru yang sedang melakukan kerja masing-masing. Soalan itu tadi Haida kirimkan untuk telinga Salina namun dengan suaranya yang kuat itu semua guru yang berada di dalam bilik tersebut dapat mendengarnya juga.
            “Mana tak rajinnya dah kena bancuh dengan pengetua semalam padan muka dia buat kerja sambil lewa lagi,” jawab Salina yang masih lagi tangannya menanda buku pelajar-pelajar kelasnya.
            “Ohhhhh ye ke patut lah rajin hari ni takut kena buanglah tu,” sambil Haida menganggukkan kepalanya tanda faham.
            “Aku rasa mesti ada yang buat aduan kat pengetuakan,” riak wajahnya yang berkerut menunjukan yang dia hendak mengetahui siapa yang adukan pekara tersebut kepada pengetua.
            “Aku yang adukan baru padan dengan muka dia,” wajah Salina sedikit marah apabila mengeluarkan kata-kata tersebut.
            “Engkau rupanya, tapi kenapa,” Haida kini beria-ia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
            “Sebab apanya lagi. Lain kali buat le kerja tu betul-betul jangan nak mengelat pulak. Haikal tu memang patut pun kena rajin sebab dah le dapat gaji anak dia yang belajar kat UIA itu pun Dato Adiwira yang  tanggung kalau nak harapkan Haikal tu emmm tunggu orang masuk minang je le Hidayah tu jangan harap leh nak dapat peluang nak sambung belajar. Orang dah berbudi pandai-pandai le kita berbahasa ye tak,” hujah Salina yang panjang lebar cuba untuk menghasut Haidah.
            “Ohhhh! Tapi betul ke,” Haida inginkan kepastian.
            “Betul lah apa yang aku cakapkan tadi takanlah aku nak buat fitnah pulak kalau kau nak percaya tak nak percaya ke terpulang kat kau,”
            “Kalau betullah apa yang kau cakapkan tu bermakna Haikal tu dan termakan budi dengan Dato Adiwira tu lah ye,” tambah Haidah yang ingin menyedapkan lagi cerita.
            “Tahu takpa,” ringkas balas Salina yang kini mengukirkan senyuman kerana telah berjaya meyakinkan Haida itu tadi.
            “Astagfirullahalazim tak baik mengumpat orang. Kamu berdua ni nak ke makan daging saudara sendiri,” celah ustaz  Arif  yang cuba menasihatkan Salina dan Haidah.
            “Bila masa pulak yang kita orang mengumpat, kami cakap benda yang betul bukannya kami mereka cerita ni lagipun satu sekolah ni dah tahu dah cerita ni,” nampak jelas diwajah Salina marah akan teguran dari Arif itu tadi.
            “Benda yang salah jika kita cerita di belakang orang tersebut itu dipanggil fitnah, dan benda yang betul jika kita bercerita dibelakang orang tersebut itulah yang dikatakan mengumpat balasannya api neraka korang tau tak,” jelas Arif  dengan panjang lebar agar mereka faham.
            “Sudahlah Arif tak payah kau nak ceramah kat kami pagi-pagi ni baik kau buat kerja kau lagi elok,” ucap Salina yang dalam masa yang sama menjilingkan matanya daripada pandangan Arif.
            “Aku cuma nak ingatkan korang je tak lebih dari itu,” dengan nada suaranya yang perlahan.
            “Kan aku dah cakap dengan kau tak payah, kubur kan masing-masing,” Salina masih tidak dapat menerima teguran dari Arif.
            “Memanglah kubur masing-masing tapi kalau ditakdirkan kubur kau bersebelahan kubur aku nanti kacau pulak aku nak tidur dengar kau menjerit kena balun je,” perli Arif kepada Salina.
            “Aku tak hingin bersebelahan dengan kubur kau le perasan,” lagi tegas Salina yang semakin marah.
            “Aku pun tak ingin le kubur bersebelahan dengan orang yang bakal kena balun dengan malaikat Mungkar dan Nangkir,” jawab Arif yang terus berlalu meninggalkan bilik guru tersebut. Sementara Salina dan Haidah masih berpandangan di antara satu sama lain dalam keadaan yang teramat marah dengan kata-kata Arif itu tadi.

KERETA yang dipandu oleh Akmal seketika tadi telah pun dihentikan berhampiran dengan warung di mana Amira mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Kedua sahabat itupun turun dari kereta dan menuju ke warung tersebut. Sempat lagi Akmal menyinsingkan rambutnya sambil berjalan. Akmal yang mengenakan seluar slek dan berbaru kemeja serba biru itu tampak segak dengan tali leher yang tergantung di lehernya itu.
            “Assalammualaikum Amira apa khabar sihat ke hari ini,” tegur Akmal setiba sampai di hadapan warung itu, sementara Radi sedang menyelak tudung mangkuk yang menutup lauk-lauk yang terhidang di hadapannya, Radi mengerutkan dahinya kerana melihatkan hanya ada beberapa ketul ayam goreng sahaja yang tinggal di atas meja tersebut kerana yang lain telah habis dijual.
            “Waalaikummusalam, oh, Akmal nak nasi lemak ke?” tanya Amirah yang baru menoleh memandangkan Akmal yang baru tiba di situ.
            “Kak tinggal ni je ke lauknya?” tanya Radi dalam nada yang sedikit kecewa, lantas Amira memandang ke arah Radi sambil tersenyum.
            “Ia itu je lauk yang tinggal tu leh kenapa lambat sangat datang, lain kali datanglah awal-awal sikit,” Amira terus mencapai pingan lantas menunggu arahan selanjutnya dari Radi dan Akmal.
            “Tulah lambat lagi, dah kau tak payah nak buat muka ikan sardin kat sini makan je lah ape yang ada tu,” celah Akmal yang merasakan dirinya sedikit diabaikan oleh Amira kerana melayankan karenah Radi itu.
            “Amirah tak payah layankan Radi ni sangat dia ni memang macam ni kalau benda takde dia tanya kalau benda ada kang dia buat tak tahu je,” pinta Akmal supaya Amira tidak melayan karenah Radi.
            “Akmal panggil saya kakak je lah lagi pun kan umur kita jauh bezanya,” pinta Amirah agar Akmal akur dengan kehendaknya.
            “Entah kau ni kau ingat kak Amirah ni pangkat adik-adik kau ke nak panggil  mana je hormatlah sikit bro,” sokong Radi atas apa yang dikatakan oleh Amirah itu tadi
            “Adoi, kenapa pulak dengan kau ni,” jelas kedengaran jeritan Radi itu kerana kakinya dipijak oleh Akmal kerana tidak peka akan kata-kata Radi kepadanya itu tadi, sambil Radi menjengketkan kakinya kerana kesakitan.
            “Apa salahnya saya panggil Amirah dengan nama saja,” tanya Akmal kepada Amirah yang masih lagi memegang pinggan.
            “Takde salah tapi tak manislah kalau orang dengar, kan lebih manis kalau dengan gelaran kakak tu,” jelas Amirah agar Akmal faham sambil Amirah tersipu malu dengan kelakuan Akmal itu.
            “Ah, Biarlah apa yang orang nak kata saya tak kisah yang dorang nak sibuk tu kenapa, kalau pun saya nak kahwin Amirah dorang peduli apa,” Radi terus terpandangkan wajah Akmal yang selamba melafazkan perkataan tersebut sedang Amirah mukanya berubah merah padam menahan malu jika ada orang lain yang mendengarnya.
            “Kenapa Akmal berkata begitu, malu aku dibuat budak ni kalaulah ada orang lain yang mendengarnya apa pula kata mereka nanti,” keluh hati Amirah yang kurang senang dengan kenyataan Akmal itu tadi.
            “Budak ni sukakan aku ke, Ish biar betul ni atau dia saja nak bergurau dengan aku ni, Ahhh malaslah aku nak fikirkan menyemakkan kepala aku sahaja,” lagi keluh hati Amirah, berbagai persoalan yang timbul dalam hati Amirah. Namun dia cuba menenangkan dirinya agar nampak bersahaja, tidak terlalu mengelabah di hadapan Akmal dan Radi yang masih lagi berada di hadapan matanya itu.





EMPAT
Seperti biasa setiap petang semua anak-anak yatim yang menetap di rumah kebajikan Nur Sumayah akan melakukan aktiviti riadah. Kerana itu adalah rutin yang wajib bagi memastikan yang semua penghuninya dapat mengimbangi pelajaran dan kesihatan jasmani. Ada di antara mereka yang bermain bola, sepak takrow dan jua bola jaring masing-masing melakukan aktiviti yang mereka gemari. Sementara Haikal tidak pernah terlepas menyaksikan aktiviti riadah yang dilakukan oleh penghuni disitu di atas bangku yang pasti akan menjadi miliknya setiap kali menjelang petang. Bagi Haikal dia akan mendapat ketenangan setiap kali menyaksikan gelagat setiap penghuni disitu. Ada juga sebilangan kanak-kanak disitu akan duduk bersama Haikal kerana ingin mendengar cerita yang akan disampaikan oleh Haikal.
            “Pak cik cepatlah sanbung cerita semalam tu pakcik,” gesa Atika dan tiga orang rakannya yang lain yang tak sabar untuk mendengar cerita dari Haikal.
            “Baiklah kita sambung cerita semalam,” Haikal tersenyum sambil memegang kepala Atika yang bertudung itu.
            “Jadi selepas menerima titah dari sultan melaka itu Hang Tuah dan beberapa pengawal dan pembesar istana pun berangkat menuju ke gunung ledang dengan hajat untuk meminang puteri gunung ledang tersebut,”
            “Pakcik tadi Pakcik ada kata titih, titah tu ape pak cik?” Shila mencelah cerita yang disampaikan oleh haikal itu.
            “Oh titah tu adalah perintah, macam cikgu suruh Shila jawab soalan yang cikgu tanya, cuma kalau raja sahaja yang suruh buat sesuatu kita sebut titah tapi kalau orang kebanyakan suruh buat sesuatu kita akan panggil perintah,” jelas Haikal kepada Shila dan rakan-rakannya yang baru berusia enam tahun itu.
            “Oh macam saya suruh Atika tolong ambilkan barang lah ye pakcik,”
            “Hah macam tu lah, tapi kerana Shila bukan raja kita panggil perintah kalau Shila raja baru kita panggil titah,” keterangan Haikal untuk memastikan yang mereka semua faham akan maksud titah itu.
            “Saya dah faham pakcik, lapas tu apa yang jadi pakcik,”
            “Hah dalam perjalanan mereka untuk sampai ke gunung ledang itu berbagai-bagai dugaan dan rintangan yang terpaksa mereka tempuh namun mereka tak mengalah mereka tetap juga menempuhinya kerana mereka ingin menyampaikan hajat raja mereka, mereka tak nak hampakan harapan raja mereka,” Haikal terus bercerita kepada keempat-empat budak tersebut kerana hanya Haikal sahajalah disitu yang menjadi tempat untuk kanak-kanak disitu  mendengarkan cerita. Keseronokan kanak-kanak disitu menjadi ketenangan dihati Haikal yang tiada tolok bandingnya.
MELIHATKAN rumah yang sebesar itu cukup menunjukkan kekayaan yang dimiliki oleh kedua ibubapa Lin. Disinilah tempat dimana Hidayah melakukan kerja sampingan selain di warung mak cik Amirah untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh bapanya yang hanya sekadar berkerja sebagai tukang kebun di sekolah kebangsaan Sumaiyah dan rumah kebajikan Nur Sumaiyah. Namun pekara ini tidak diketahui oleh bapanya kerana Hidayah teramat yakin jika perkara ini diketahui oleh bapanya pasti akan menimbulkan masalah kepadanya, jadi duit yang diterimanya itu hanya akan digunakan untuk menampung perbelanjaannya meneruskan pengajian dan disitu dapat menjimatkan perbelanjaan bapanya kepadanya. Hidayah hanya akan berada di rumah Lin hanya dua atau tiga hari seminggu untuk mengemaskan rumah tersebut. Bukan kerana rumah Lin itu tidak mempunyai pembantu rumah tetapi sekadar hanya untuk membantu Hidayah kerana Hidayah tidak mahu menerima pertolongan secara percuma daripada Lin, jadi dengan cara ini sahaja yang Lin dapat membantu Hidayah.
            “Lin kerja saya dah siap dah jadi saya balik dulu ya,” pinta Hidayah untuk mengundurkan diri.
            “Oh saya lupa mak saya pesan suruh awak tunggu dia balik sebab dia nak jumpa dengan awak,”
            “Hah mak awak nak jumpa dengan saya ke, kenapa Lin ada benda yang salah ke saya dah buat?” Hidayah terperanjat mendengar kata-kata Lin itu tadi.
            Saya pun tak pasti kenapa mak saya nak jumpa dengan awak, tak apalah kita tunggu mak saya sekejap nanti awak balik saya hantar,” Lin bersahaja sambil terus membaca novel yang dipegangnya itu.
            “Tapi Lin saya tak boleh lambat sangat saya takut ayah saya risau, semalam saya lambat pun ayah saya dah risau dah sampai tunggu saya depan pintu rumah,”
            “Alah, awak tak payahlah risau sekejap lagi sampailah mak saya tu, tadi dia ada telefon yang dia dah dalam perjalanan dah ni,” dada Hidayah kini berdebar kerana takut akan ada perkara yang kurang senang dimata Puan Mariam terhadap dirinya. Berbagai persoalan negatif yang bermain difikiran Hidayah ketika ini, jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia meninggalkan rumah tersebut sekarang juga kerana takut akan Puan Mariam dan juga takut akan terlewat pulang ke rumah. Lin sempat mengintai wajah Hidayah dicelahan buku novelnya itu untuk melihat memek wajah Hidayah pada ketika ini sambil Lin tergelak kecil memerhatikan Hidayah. Kini kedengaran sebuah kenderaan yang baru tiba di halaman rumah Puan Mariam. Debaran dihati Hidayah semakin memuncak kerana yakin bahawa itu adalah kereta Puan Mariam. Hidayah kini tidak tentu arah duduknya.
            “Itupun mak saya dah sampai dah, awak tunggu sini kejap ya saya nak pergi bukakan pintu,”
            “Assalammualaikum mak cik,” Hidayah lantas bangun apabila ternampak Puan Mariam dan juga Lin berjalan datang menuju kearahnya, Hidayah memberi salam sambil menyambut tangan Puan Mariam untuk bersalaman.
            “Waalaikummusalam, lama dah ke Hidayah menunggu mak cik,” tanya puan Mariam sambil ia duduk di atas sofa diruang tamu hadapan rumahnya itu.
            “Taklah mak cik lagipun saya baru sahaja siap melakukan kerja saya,”
            “Lin suruh mak Mah bancuhkan air,” Lin terus ke dapur apabila menerima arahan dari Puan Mariam itu tadi.
            “Hidayah kalau boleh mak cik nak minta tolong sikit kat Hidayah, itu pun kalau Hidayah tak keberatan,”
            “Apa yang boleh saya tolong mak cik,” Hidayah merenung tepat ke arah wajah puan Mariam.
            “Macam ni ceritanya, hari selasa akan datang ni mak cik dengan pak cik kena pergi ke Shanghai, China atas urusan kerja jadi kalau boleh mak cik nak minta tolong kat Hidayah temankan Lin kat rumah ni,”
            “Berapa lama mak cik dan pak cik nak ke sana,”
            “Tiga hari sahaja kami pergi hari selasa berangkat dalam hari jumaat kami baliklah semula macam mana boleh ke?” puan Mariam ingin mendapatkan keputusan dari Hidayah.
            “Alah bolehlah Hidayah awak temankanlah saya kalau tak mesti bosan punya saya duduk sesorang kat rumah ni nanti,” rayu si Lin yang berharap sangat yang Hidayah akan temankan ia. Sementara puan Mariam hanya memandang sahaja gelagat anak tunggalnya itu. Hidayah serba salah untuk membuat keputusan.
            “Kenapa mesti mak awak yang tanya saya kenapa tak awak sahaja yang menanyakan perkara ini kepada saya?”
            “Saya dah tahu dah kalau saya yang tanya mesti awak menolak punya jadi saya suruhlah mak saya yang tanyakan, kalau mak saya yang tanyakan pasti ada harapan sedikit untuk awak bersetuju,” jelas Lin yang mempamerkan muka kasihannya untuk meraih simpati dari Hidayah.
            “Macam ni lah mak cik sebenarnya saya tak boleh nak buat keputusan lagi sebab saya kena tanya dengan ayah saya dahulu, kalau ayah saya bagi saya akan temankan Lin tapi kalau ayah saya tak bagi jangan pulak mak cik dan Lin ambil hati kerana tak dapat nak memenuhi permintaan mak cik,” terang Hidayah dengan panjang lebar memberikan sedikit sinar harapan buat Lin.
            “Itulah yang sebaiknya Hidayah tanyakanlah dulu pada ayah Hidayah esok Hidayah beritahu jawapannya kat Lin ya,”
            “Baiklah mak cik kalau macam tu biarlah saya minta diri dulu saya takut kalau lambat nanti ayah risau pula,” lantas Hidayah bangun dari bangku yang diduduknya itu tadi.
            “Mak saya hantarkan Hidayah pulang ya?” Lin meminta keizinan dari Puan Mariam yang masih lagi duduk di atas bangkunya itu.
            “Kalau ya pun minumlah air tu dulu,” gesa puan Mariam kepada Hidayah .
            “Nah Hidayah ambil duit ni,” puan Mariam menghulurkan sejumlah wang kepada Hidayah.
            “Untuk apa pulak duit ni mak cik,” terkejut Hidayah yang melihatkan tindakan puan Mariam itu.
            “Ni duit gaji Hidayah nah ambil lah,”
            “Awal sangat ni macik belum cukup bulan lagi ni,” Hidayah masih tidak mampu mengambil duit itu lagi.
            “Memanglah awal lagi, mak cik takut lambat pula makcik bagi duit Hidayah ini nanti kan minggu depan mak cik nak pergi Shanghai, alang-alang dah jumpa Hidayah kat sini apa salahnya macik bagi sekali,”
            “Alah Hidayah awak ambil sajalah duit tu tak payahlah nak malu-malu,”
            “Ishh kamu ni Lin tak baik cakap macam tu kat Hidayah. Puan Mariam sedikit tidak senang dengan kata-kata Lin itu tadi.
“Terima kasih mak cik,” hanya itulah kata-kata yang dapat diucapkan oleh Hidayah yang meletakan semula cawan minuman ke atas meja itu semula. Sambil ia mengambil duit yang diberikan oleh puan Mariam kepadanya.
RUMAH kampung nampak usang yang didiami oleh Amirah bersama dua anaknya yang bersekolah di sekolah kebangsaan gombak setia itu banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis di dalam kamus sejarah Amira kerana disitulah dia dilahir dan dibesarkan oleh kedua ibu bapanya rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya itu yang dipilih oleh Amirah dalam usaha menjejaki pengganti ayah kepada anak-anaknya itu tempat untuk mereka menumpang kasih. Hanya seorang lelaki yang jujur sahaja akan dapat memiliki cinta daripada Amirah dengan sepenuh hati. Bunyi kehadiran sebuah kereta di halaman rumah Amirah itu meragut kesunyian yang sedang dikecapi oleh Amirah sekeluarga.
            “Assalammualaikum,”
            “Waalaikummusalam,” jawab Amirah yang bersegera mendapatkan pintu rumahnya itu untuk dibuka.
            “Hah abang kenapa abang datang malam-malam ni?” tanya Amirah yang terkejut dengan kehadiran abang kandungnya itu kerana selama ini Amirah tidak membenarkan abangnya itu datang kerumahnya kerana takut orang mengetahui akan kebenaran tentang kehidupannya itu.
            “Masuklah dulu bang,”
            “Sekarang ni dah timbul masalah besar ni Amirah,” Muka Mior berkerut sambil ia duduk di atas lantai simen rumah Amirah itu.
            “Apa yang masalah besar sangat ni bang sampai cari saya kat rumah ni?” tanya Amirah yang ingin mengetahui perkara sebenar.
            “Syarikat kita akan disaman oleh syarikat BMC HOLDING kerana syarikat kita gagal melunaskan bayaran kepada syarikat mereka dalam tempoh yang telah dijanjikan,” jelas Mior yang kini menggengam dahinya.
            “Kenapa pulak boleh jadi macam ni bang?” Amirah sedikit kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Mior itu tadi.
            “Abang pun tak tahu macam mana boleh jadi begini, tapi abang sedang siasat macam mana benda macam ni boleh berlaku,” jelas Mior yang nampak tertekan dengan apa yang teleh berlaku.
            “Habis tu macam mana sekarang abang dah cuba berbincang dengan mereka, berapa mereka nak saman kita?” Lagi soalan yang ditujukan oleh Amirah kepada Mior.
            “Abang ada menghubungi mereka, mereka kata mereka tetap akan saman syarikat kita dua point enam juta, tapi mereka boleh melupakan tentang saman tu jika kita dapat membayar semua tunggakan kita tu dalam masa tiga hari, itupun mereka hendak berbincang sendiri dengan Amirah jika Amirah gagal berjumpa dengan mereka esok mereka tetap akan terus menyaman kita,” jelas Mior yang menerangkan segala-galanya kepada Amirah agar Amirah dapat meluangkan masa untuk pergi berjumpa dengan pihak BMC HOLDING pada keesokan harinya.
            “Sekarang ni bukannya masalah duit bang tapi masaalah reputasi syarikat kita akan tercemar, kalau itu berlaku macam mana kita nak dapatkan kepercayaan syarikat lain kepada syarikat kita nanti,” Amirah menggeleng-gelengkan kepalanya. Ia sukar untuk menerima akan kesilapan seperti itu kerana menggugat nama baiknya dan syarikatnya yang selama ini mendapat sepenuh kepercayaan daripada syarikat-syarikat yang lain.
            “Habis tu macam mana ni Amirah? Apa yang kita nak buat sekarang ni?” tanya Mior yang sedang kebuntuan idea ketika ini.
            “Tak apalah kalau macam tu abang tunggu sekejap saya nak bersiap kita balik rumah saya malam ni dan esok kita berdua pergi ke pejabat mereka bincangkan masalah ini dengan baik.
            “Eloklah kalau Amirah berfikir begitu,” jawab Mior yang yakin masalah syarikat akan selesai dengan campur tangan Amirah selaku pemilik bagi syarikat yang diamanahkan kepadanya untuk menguruskan dengan menyandang jawatan pengarah urusan.

No comments:

Post a Comment